• Tentang Dapurware
  • Penafian
  • Dasar Privasi
  • Hubungi
Dapurware
  • Dapurware
  • Perkakas
  • Peralatan
  • Aksesori
  • Tekstil Dapur
  • Perabot
  • Tips
No Result
View All Result
  • Dapurware
  • Perkakas
  • Peralatan
  • Aksesori
  • Tekstil Dapur
  • Perabot
  • Tips
No Result
View All Result
Dapurware
No Result
View All Result
Home Aksesori Memasak

17 Dapur Gas Stainless Steel Terbaik Malaysia 2022

Senarai dapur gas jenis logam tahan karat @stainless steel terbaik dan diyakini di Malaysia!

Achilles Leo Joseph by Achilles Leo Joseph
January 15, 2022
in Aksesori Memasak, Peralatan Memasak, Perkakas
0
17 Dapur Gas Stainless Steel Terbaik Malaysia 2022
0
SHARES
24k
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

Dapur gas stainless steel terbaik dan popular di Malaysia 2022.

Senarai Kandungan Sembunyikan
Apa itu Dapur Gas Stainless Steel ?
5 Kebaikan Menggunakan Dapur Gas Stainless Steel
1. Mudah dibersihkan
2. Tahan lama
3. Kos Murah
4. Design Moden
5. Dapur anda Tampak Hebat
5 Tips Memilih Dapur Gas Stainless Steel yang Bagus
1. Jenis Pencucuhan
2. Saiz Dapur Gas
3. Jenis Material dan Kawalan Suhu
4. Jenama
5. Nyalaan Api
Senarai Dapur Gas Stainless Steel Moden dan Terlaris di Malaysia
1. KHIND HB802S
2. Rinnai RB713NS
3. Pensonic PGH-619S
4. Milux MGH-S633M
5. Milux MSS-8122IR
6. Homelux HST-27SS
7. Panaletrik
8. Milux MSS-1033
9. Faber CASA 1012
10. Butterfly BGC-3011L
11. Dawa
12. Riino XK202
13. UMS HK611
14. Rinnai RB712NS
15. Malokuku M-2481
16. Rinnai RI602HTB
17. Leiensi

Dapur gas merupakan salah satu aset terpenting di dapur rumah anda.

Oleh itu, jika anda bercadang untuk membeli dapur gas, dapatkan dapur yang terbaik dan tahan lama.

Setiap hari pastinya kita menggunakan dapur gas untuk memasak makanan dan sebagainya.

Apa yang terjadi selepas itu?

Pastinya permukaan dapur menjadi kotor disebabkan oleh makanan yang terjatuh semasa proses memasak.

Apabila perkara ini sentiasa berulang, lama kelamaan dapur gas anda mungkin berkarat bukan?

Oleh sebab itulah anda perlu memilih dapur gas yang terbaik, tahan kakisan dan kuat!

Dapur gas dengan permukaan kepingan logam stainless steel adalah pilihan terbaik kerana terbukti sebagai logam yang tahan karat walaupun digunakan selama beberapa tahun!

Apa itu Dapur Gas Stainless Steel ?

Secara umumnya, dapur gas stainless steel ialah keseluruhan termasuk permukaan dapur gas yang diperbuat daripada logam tahan karat.

Biasanya, permukaan dapur gas jenis ini adalah licin dan berkilat.

Ketebalan permukaan stainless steel dapur bergantung dengan jenama ataupun kualiti dapur gas yang anda pilih.

Lebih tebal lebih berkualiti dan kuat.

5 Kebaikan Menggunakan Dapur Gas Stainless Steel

Anda mungkin terfikir apakah jenis dapur gas yang bagus?

Sebenarnya kesemua dapur gas yang dicipta dan dijual di pasaran mempunyai kelebihan masing-masing.

Jom kita kupas kebaikan dapur gas jenis ini.

1. Mudah dibersihkan

Salah satu kelebihan ketara dapur gas jenis kalis karat adalah agak mudah dibersihkan.

Permukaan dapur yang licin berkilat menyukarkan minyak atau tumpahan kuah melekat di atasnya.

Anda dengan mudah mengelap kotoran tanpa menggunakan sabun ataupun bahan pencuci lain.

2. Tahan lama

Daripada pengalaman kami, dapur gas jenis stainless steel sangat kuat, tahan lama.

Mengapa?

Disebabkan ianya kalis karat, sudah tentu karat tidak akan terhasil di permukaannya.

Yang penting, anda sentiasa menjaganya dengan betul dan memastikan permukaan luar dapur ini sentiasa kering.

3. Kos Murah

Kebanyakan dapur gas jenis ini dijual dengan harga yang agak murah berbanding dengan dapur gas kaca.

Anda boleh melihat dan membandingkan harganya di kedai online terkemuka seperti Shopee dan Lazada.

Anda akan dapati terdapat dapur gas jenis kalis karat berharga dibawah RM100.00.

4. Design Moden

Mungkin pada hemat anda, dapur gas kaca kebanyakannya moden dan futuristik.

Namun, anda akan terkejut apabila melihat dapur gas jenis kalis karat ini juga tidak kurang hebatnya.

Design moden, api yang kuat serta membuatkan anda ingin “meleburkan” wang anda untuknya.

5. Dapur anda Tampak Hebat

Tidak dapat dinafikan dapur anda tanpak hebat dan “hidup” dengan dapur gas jenis ini.

Kadangkala orang akan tersilap pandang dan mengatakan anda mengunakan dapur kaca!

Tiada lagi api berjelaga, makanan anda cepat masak kerana kebanyakan nyalaan api dapur gas stainless steel agak besar tetapi menjimatkan!

5 Tips Memilih Dapur Gas Stainless Steel yang Bagus

Pada masa kini, dengan pelbagai pilihan dapur gas di luar sana, adalah penting untuk memahami ciri-ciri yang dicari dalam produk.

Mengapa?  pastinya anda ingin berbelanja untuk membeli dapur gas yang terbaik.

Oleh itu, ada beberapa perkara yang perlu anda pertimbangkan seperti berikut:

1. Jenis Pencucuhan

Jenis dapur gas bergantung pada pencucuhan yang mereka gunakan

  • Pencucuhan Konvensional (conventional standing pilot)
  • Pencucuhan Elektrik Moden

Sistem pencucuhan konvensional  memberikan aliran gas yang berterusan untuk memastikan pembakar tetap menyala, menyebabkan ia menghabiskan lebih banyak tenaga daripada yang diperlukan.

Sebaliknya, pencucuhan elektrik menggunakan arus elektrik yang dihidupkan pada permulaan kitaran pemanasan dan tidak perlu terus berjalan.

Oleh itu, pencucuhan elektrik menjimatkan lebih banyak bahan bakar tetapi lebih mahal

Selain daripada kos awal membeli dapur penyalaan elektrik, pembaikan ataupun “maintence berkala” mungkin mempengaruhi perbelanjaan anda seterusnya.

2. Saiz Dapur Gas

Saiz dapur gas yang anda ingin beli bergantung kepada tersedia dalam ruang dapur anda.

Dalam keluarga kecil, dapur dengan 2 bahagian pembakar lebih dari mencukupi.

Lebih-lebih lagi, jika anda ingin mengoptimumkan ruang dapur anda, agar anda lebih selesa dalam proses memasak atupun berada di ruang dapur rumah anda.

Mungkin dapur gas konvensional adalah yang terbaik?

3. Jenis Material dan Kawalan Suhu

Sebilangan besar dapur gas biasa diperbuat daripada stainless steel untuk mengelakkan karat di permukaan dapur gas anda.

Walaupun badan dapur panas, logam dapur gas jenis stainless steel pastinya terbaik dan cukup tahan lasak.

Anda dapat menemui dapur gas yang terbuat dari kaca terbaja (tempered glass) yang memberikan dapur anda tanpak menarik.

Namun, anda kena pertimbangkan kos penyelengaraan dapur jenis ini.

4. Jenama

Semasa memilih dapur gas, perkara pertama yang terlintas di fikiran kita pastinya adalah kosnya.

Pemilihan dapur gas stainless steel adalah pelaburan dan penggunaan jangka panjang.

Oleh itu, disarankan untuk melakukan penyelidikan menyeluruh mengenai jenama paling tahan lama yang menyediakan dapur gas yang berpatutan dan selamat.

Lihat pada testimoni dan maklumbalas pengguna terdahulu bagi produk dapur gas stainless steel yang anda pilih.

5. Nyalaan Api

Kadankala nyalaan api yang besar, api biru agak bagus untuk kawalan suhu terbaik.

Ada sesetengah masakan atau penggorengan memerlukan api yang besar, dan jenis nyalaan api ini sangat lah penting.

Sebagai contoh, kadangkala kita ingin memasak sesuatu dalam jumlah yang banyak, pasti api yang lebih kuat diperlukan, bukan?

Anda suda fahami serba sedikit mengenai tips pemilihan dapur gas stainless steel yang bagus?

Jom kita beralih kepada senarai terbaik kami pula.

Senarai Dapur Gas Stainless Steel Moden dan Terlaris di Malaysia

Senarai terbaik kami ini adalah berdasarkan pemerhatian kami dan pertimbangan menyeluruh berdasarkan tips dan kajian melalui pembacaan artikel online.

Kami sediakan senarai dapur gas yang mendapat permintaan tinggi untuk panduan anda.

  • Baca juga: Dapur Gas Infrared Terbaik Malaysia 2021
  • Baca juga: 8 Dapur gas Kaca Terbaik & Popular Di Malaysia

Jom lihat senarai dapur gas anti karat ini!

1. KHIND HB802S

Jenama dari Malaysia yang bertaraf antarabangsa!

Sistem pencucuhan menggunakan kuasa bateri dengan berat bersih 6.6kg.

Mudah dibersihkan dan rekabentuk yang elegan serta moden!

Beli/Lihat KHIND HB802S:

LIHAT DI LAZADA

LIHAT DI SHOPEE

2. Rinnai RB713NS

Riino XK202 juga merupakan senarai utama kami untuk dapur gas kalis karat.

Kelebihan lain dapur gas ini ialah ianya jenis nyalaan infrared dan mempunyai tapak “anti slip”.

Dikatakan antara dapur gas stainless steel yang jimat gas dengan kelebihan 3 burner!

Walaupun sedikit mahal, namun dapur kalis karat ini berjaya mendapat jualan yang memberangsangkan di Malaysia.

Beli/Lihat Rinnai RB713NS:

LIHAT DI LAZADA

LIHAT DI SHOPEE

3. Pensonic PGH-619S

Selain diperbuat daripada logam stainless steel, dapur ini tersedia dengan injap keselamatan.

Berikut merupakan spesifikasi produk ini:

  • Keluli tahan karat
  • Injap keselamatan
  • Kepala pembakar 110mmx120mm
  • Input haba dinilai: 7.7kw (560g / j)
  • Pencucuhan yang dikendalikan oleh bateri automatik
  • Trivet besi tuang
  • Untuk penggunaan l.p.g
  • Dimensi produk: 720 x 410 (mm)

Beli/Lihat Pensonic PGH-619S:

LIHAT DI LAZADA

LIHAT DI SHOPEE

4. Milux MGH-S633M

Berikut merupakan kelebihan Milux MGH-s633M:

  • Masakan cepat dengan api terfokus “tornado”
  • Pemjimatan dalam penggunaan gas
  • Badan kuali menjadi tahan lama dan tahan karat disebabkan api tanpa jelaga.
  • Reka bentuk bersih yang bergaya dan mudah
  • Sistem pencucuhan bateri
  • Kepala pembakar jenis tembaga

Beli/Lihat Milux MGH-S633M:

LIHAT DI LAZADA

LIHAT DI SHOPEE

5. Milux MSS-8122IR

Jenama Milux untuk harga bajet.

Walaupun kelihatan agak tradisional, namun badan dapur gas ini diperbuat daripada kepingan logam yang kalis karat.

Nyalaan api juga jenis infrared!

Harga semasa: RM110.00

Beli/Lihat Milux MSS-8122IR:

LIHAT DI LAZADA

LIHAT DI SHOPEE

6. Homelux HST-27SS

Jika anda inginkan dapur gas yang lengkap dengan rak serta “kaki”!

Homelux merupakan pilihan yang sesuai.

Keseluruhannya diperbuat daripada bahan kalis karat serta mempunyai api biru yang agak kuat dan besar.

Namun anda perlu mengambil sedikit masa untuk “menyediakan” secara diy dapur gas ini.

Beli/Lihat Homelux HST-27SS:

LIHAT DI SHOPEE

7. Panaletrik

Panaletrik merupakan dapur gas biasa tetapi mempunya 3 pembakar atau tungku.

Badan dapur gas ini diperbuat daripada kepingan stainless steel dan dijual dengan harga agak murah!

Spesifikasi:

  • Kemudahan Memasak Ringkas
  • Keluli tahan karat yang tahan lama
  • Pembakar Cekap Gas
  • Trivet dan Dulang yang boleh dilepas untuk Pembersihan Mudah
  • Pencucuhan Elektronik Automatik
  • Trivet Enamel Square

Harga semasa: RM75.90

Beli/Lihat Panaletrik:

LIHAT DI SHOPEE

8. Milux MSS-1033

Jika anda lebih gemarkan jenama Milux, mungkin ini dapur dengan 3 tungku terbaik untuk anda?

Juga boleh diperolehi secara online dengan harga mampu milik!

Harga semasa: RM102.90

Beli/Lihat Milux MSS-1033:

LIHAT DI SHOPEE

9. Faber CASA 1012

Jenama Faber merupakan salah satu jenama dapur gas jenis ekonomi yang agak laris di pasaran online Malaysia.

Material jenis logam kalis karat, menjadikan dapur ini sebagai pilihan utama pembeli selain harga yang agak menarik!

RM88.00

Beli/Lihat Faber CASA 1012:

LIHAT DI SHOPEE

10. Butterfly BGC-3011L

Badan Butterfly Triple Gas Cooker BGC-3011L merupakan dapur gas stainless steel terbaik dengan 3 tungku!

Kandungan krom keluli tahan karat memastikan dapur gas ini tahan karat dan cukup tahan untuk digunakan setiap hari di dapur.

Sementara penambahan nikel melindungi badan Butterfly Triple Gas Cooker BGC-3011L daripada asid dan tidak menghakis ketika bersentuhan dengan bahan makanan berasid.

Oleh itu, sebarang tumpahan sos dan percikan cuka tidak akan menyebabkan dapur ini berkarat.

Permukaan dan badan dapur gas yang mudah dibersihkan agar “bersinar” setiap masa!

Beli/Lihat Butterfly BGC-3011L:

LIHAT DI SHOPEE

11. Dawa

Apa yang menariknya, dapur gas ini datang lengkap dengan rak 2 tingkat yang pastinya agak berguna untuk anda!

Pemasangan agak mudah dan lengkap dengan manual pengguna!

Spesifikasi:

  • Jenis: Dapur Gas
  • Pemasangan: DIY Mudah alih
  • Bahan Permukaan: Keluli Tahan Karat
  • Aplikasi: Hotel, Kereta, Luar, Garaj, Kios, RV, Komersial, Rumah Tangga, Restoran Makanan Segera
  • Bahan: Keluli tahan karat 430
  • Jenis Gas: L.P.G
  • Warna: Keluli tahan karat
  • Material Burner: Besi tuang
  • Saiz pembakar: 140x140mm (TP-235) / 150x150mm (TP238)
  • Penggunaan: Memasak
  • Jenis pencucuhan: Pencucuhan Automatik

Beli/Lihat Dawa TP235 & TP238:

LIHAT DI LAZADA

LIHAT DI SHOPEE

12. Riino XK202

Merupakan dapur gas stainless steel yang berkualiti tinggi dan antara yang “laris” di pasaran online Malaysia 2021.

Permukaan panel tebal dengan rekaan moden.

Lebih daripada 3k jualan semasa artikel ini diterbitkan!

Spesifikasi produk:

  • Dapur gas hibrid dengan pembakaran infrared.
  • Masa memasak lebih cepat & jimat penggunaan gas
  • Pemacu api yang elegan
  • Sangat mudah dibersihkan
  • Sistem ignition bateri
  • Tapak kalis gelincir

Harga pasaran semasa: RM337.00

Beli/Lihat Riino:

LIHAT DI SHOPEE

13. UMS HK611

Salah satu jenama dapur gas kalis karat yang juga agak popular di Malaysia.

Salah satu kelebihan dapur gas ini ialah kemampuannya untuk menghentikan aliran gas secara automatik jika tiada nyalaan.

Spesifikasi produk:

  • Permukaan kalis karat yang kuat dan tebal
  • Nyalaan api agak kuat 4.5kW
  • Menggunakan penunu jenis cast iron
  • Sistem bateri ignition
  • Trivet bersalut enamel

Harga semasa: RM350 hingga RM390

Beli/Lihat UMS HK611:

LIHAT DI SHOPEE

14. Rinnai RB712NS

Sedikit berbeza dengan senarai dapur pertama kami.

Dapur gas 2 tungku ini menerima anugerah Rekabentuk Terbaik di Jepun.

Dijamin sangat berkualiti tinggi!

Bahan utama keseluruhannya diperbuat daripada stainless steel.

Spesifikasi produk:

  • Sealed burner
  • Saiz Flexibel
  • Permukaan stainless steel dengan kaca termampat
  • Sokongan periuk enamel
  • Percikan api kuasa bateri
  • Tapak getah untuk kedudukan tetap dapur gas.

Walaupun sedikit mahal, namun dapur gas ini tetap menjadi antara pilihan utama di pasaran online Malaysia!

Beli/Lihat Rinnai RB712NS:

LIHAT DI LAZADA

LIHAT DI SHOPEE

15. Malokuku M-2481

Tentang Dapur Gas Malokuku:

  • Tungku Dengan Enamel Trivet Stand Inframerah Teknologi Tinggi
  • Keluli tahan karat berkualiti tinggi
  • Penahan haba keluli tahan karat dapat menahan suhu tinggi hingga suhu 500 ℃
  • Jimat hingga 30% gas berbanding dapur gas biasa
  • Pendakap dapur gas di bahagian bawah
  • Reka bentuk yang dipercayai dan selamat
  • Sesuai untuk sebarang jenis periuk
  • Burner/Tungku sebelah kanan:
    Api tidak mudah terpadam.
    Tahan Angin

Spesifikasi:

  • Model : M-2481
  • Berat Bersih: 10kg
  • Tekanan Gas: 2800Pa
  • Bahan: Keluli Tahan Karat
  • Input Haba: 4.5kW (kiri) 4.5kW (kanan)
  • Dimensi Produk : 41CM × 70.4CM × 9.7CM

Warranti:

  • 1 Tahun warranti tempatan untuk Semananjung Malaysia sahaja.

Harga semasa: RM200-RM300

Beli/Lihat Malokuku M-2481:

LIHAT DI LAZADA

LIHAT DI SHOPEE

16. Rinnai RI602HTB

Dapur gas stainless steel terbaik jenama Rinnai RI602HTB dengan api kuat berpusar!

Penerangan Produk:

  • Input Gas 4.5kW
  • Pembakar Keluli Tahan Karat & Tembaga
  • Plat Atas Keluli Tahan Karat (stainless steel)
  • Pencucuhan Piezo
  • Plat Atas yang Boleh Dilepas
  • Api yang kuat dan tinggi
  • Tahan lasak

Spesifikasi produk:

  • Input Gas (LPG) Kiri / kanan: 4.5kW
  • Bilangan Pembakar: 2
  • Plat Atas: Keluli Tahan Karat
  • Berat Produk (kg): 4.5
  • Saiz Produk (Wx D x H) (cm): 70.2 x 38 x 14.1

Jaminan:

  • 2 tahun (Umum)
  • 10 tahun di Glass Top
  •  5 tahun menggunakan Injap Gas

Harga semasa: RM277-RM310

Beli/Lihat Rinnai RI602HTB:

LIHAT DI LAZADA

LIHAT DI SHOPEE

17. Leiensi

Futuristik, minimalist dan elegant!

3 perkataan terbaik untuk dapur gas jenis ini.

Dapur gas terbaru yang mendapat tempat serta maklumbalas positif daripada pembeli terdahulu.

Dapur paling berkualiti, tahan karat apatah lagi tunku yang boleh diangkat, sekali gus mudah untuk di bersihkan.

Dengan ketahanan keluli yang mampu menahan beban 25KG , akhirnya membuktikan dapur ini menjadi pilihan ramai.

Trending sejak Tahun 2021.

Spesifikasi:

  • Panel stainless steel yang teguh
  • Penutup api jenis kuprum
  • Anti angin
  • Dapur gas yang agak menjimatkan penggunaan tenaga gas
  • Saiz panel: 750 * 430mm
  • Saiz Bukaan 650 * 350mm
  • Jenis LPG

Harga semasa: RM593++

Beli/Lihat Leiensi:

LIHAT DI SHOPEE

Tags: dapur gas tahan karat
Previous Post

13 Stand Mixer Terbaik & Terlaris Di Malaysia 2022

Next Post

15 Periuk Batu Granite Terlaris Di Malaysia 2022

Achilles Leo Joseph

Achilles Leo Joseph

Related Posts

13 Periuk Batu Seramik Terlaris Di Malaysia 2022
Peralatan Memasak

13 Periuk Batu Seramik Terlaris Di Malaysia 2022

by Achilles Leo Joseph
February 25, 2022
16 Periuk Pressure Cooker Terbaik Di Malaysia 2022
Aksesori Memasak

16 Periuk Pressure Cooker Terbaik Di Malaysia 2022

by Achilles Leo Joseph
February 21, 2022
16 Peti Ais Mini Murah & Terlaris Malaysia 2022
Perkakas

16 Peti Ais Mini Murah & Terlaris Malaysia 2022

by Achilles Leo Joseph
February 16, 2022
13 Microwave Oven Terbaik & Terlaris Di Malaysia 2022
Bakeware

13 Microwave Oven Terbaik & Terlaris Di Malaysia 2022

by Achilles Leo Joseph
February 9, 2022
15 Dapur Gas Kaca Terbaik & Terkini Malaysia 2022
Perkakas

15 Dapur Gas Kaca Terbaik & Terkini Malaysia 2022

by Achilles Leo Joseph
February 8, 2022
Next Post
15 Periuk Batu Granite Terlaris Di Malaysia 2022

15 Periuk Batu Granite Terlaris Di Malaysia 2022

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Premium Content

10 Mesin Waffle Murah Terbaik & Terlaris Di Malaysia 2021

10 Mesin Waffle Murah Terbaik & Terlaris Di Malaysia 2021

July 15, 2021
10 Set Alas Meja Makan Terkini & Moden Malaysia 2021

10 Set Alas Meja Makan Terkini & Moden Malaysia 2021

July 6, 2021
11 Mangkuk Tingkat Tradisional Popular & Dijual Online 2021

11 Mangkuk Tingkat Tradisional Popular & Dijual Online 2021

July 6, 2021

Browse by Category

  • Aksesori Meja
  • Aksesori Memasak
  • Bakeware
  • Perabot
  • Peralatan Memasak
  • Perkakas
  • Sinki & Paip
  • Tekstil Dapur
  • Tips

Browse by Tags

alat pembuat waffle alat pengisar daging dapur gas mini dapur gas portable dapur gas tahan karat food steamer terbaik harga alat waffle jenis air fryer kabinet sinki kebaikan air fryer mesin pemerah tebu oven glove oven murah penyedut asap dapur periuk die cast aluminium periuk nasi elektrik besar pisau potong daging rak dapur tahan karat rak sinki rice cooker terbaik sarung tangan microwave sinki portable terbaik tebu juicer toaster terbaik
Dapurware

Kami persembahkan senarai pelbagai jenis barangan dan perkakasan di dapur untuk rujukan anda! Lihat laman tentang kami untuk info lanjut.

Tentang Dapurware

Categories

  • Aksesori Meja
  • Aksesori Memasak
  • Bakeware
  • Perabot
  • Peralatan Memasak
  • Perkakas
  • Sinki & Paip
  • Tekstil Dapur
  • Tips

Browse by Tag

alat pembuat waffle alat pengisar daging dapur gas mini dapur gas portable dapur gas tahan karat food steamer terbaik harga alat waffle jenis air fryer kabinet sinki kebaikan air fryer mesin pemerah tebu oven glove oven murah penyedut asap dapur periuk die cast aluminium periuk nasi elektrik besar pisau potong daging rak dapur tahan karat rak sinki rice cooker terbaik sarung tangan microwave sinki portable terbaik tebu juicer toaster terbaik
  • Dasar Privasi
  • Hubungi
  • Penafian
  • Peralatan & Perkakasan Dapur
  • Tentang Dapurware

© 2021 Dapurware.

No Result
View All Result
  • Aksesori Meja
  • Aksesori Memasak
  • Bakeware
  • Tekstil Dapur
  • Perabot
  • Peralatan Memasak
  • Perkakas
  • Sinki & Paip

© 2021 Dapurware.