Air fryer terbaik yang terbukti berkualiti tinggi serta paling banyak digunakan di Malaysia 2021!
Dapurware senaraikan air fryer yang dipercayai dan paling banyak dibeli secara online di perenggan berikutnya.
Jika anda bercadang untuk membeli air fryer, kami sarankan anda dapatkan sedikit tips penting berikut terlebih dahulu:
Sekurang-kurangnya anda ada sedikit ilmu asas mengenai peralatan dapur yang agak popular ini.
Ianya membantu anda untuk memilih air fryer terbaik yang sesuai dengan bajet serta spesifikasi minimum yang anda perlukan!
Jenis Air Fryer
Mungkin anda biasa dengar perkataan air fryer sahaja tanpa mengetahui jenis-jenisnya!
Umumnya, air fryer terbahagi kepada 3 katogeri utama iaitu:
- Air fryer jenis basket
- Air fryer jenis turbo
- Air fryer jenis halogen
1. Basket Air Fryer
Gambar diatas adalah salah satu contoh air fryer jenis basket.
Ringkas kata, air fryer jenis ini adalah dengan memasukkan makanan yang hendak dimasak melalui “hadapan” seperti menarik dan menutup laci meja.
2. Turbo Air Fryer
Turbo air fryer pula seperti “pressure cooker” dimana penutupnya terletak di bahagian atas.
Bahagian tengah alat ini mempunyai kipas yang berfungsi untuk mengalirkan udara panas ke makanan yang hendak dimasak.
3. Halogen Air Fryer
Jenis air fryer ini pula seakan-akan seperti microwave oven.
Biasanya oven ini boleh mencapai suhu sehingga 230°C.
Anda sudah mengenali jenis oven secara ringkas?
Sebelum membeli air fryer, apa pula yang kita perlu pertimbangkan?
Bagaimana memilih produk yang sesuai dengan spesifikasi yang kita inginkan?
Sila baca tips berikut:
Tips Sebelum Membeli Air Fryer
Sebelum membeli air fryer untuk kegunaan di dapur rumah anda, anda perlu berfikir secara logik.
Apa jenis air fryer yang anda inginkan?
Berapa bajet anda?
Pertimbangkan kapasiti anda dan banyak lagi.
1. Kapasiti
Kapasiti merupakan salah satu perkara yang perlu diutamakan.
Adakah kapasiti air fryer yang anda inginkan sesuai dengan bilangan keluarga anda?
Boleh memuatkan 1 ekor ayam?
Biasanya, lebih besar kapasiti maka lebih baik.
Mungkin anda ingin adakan jamuan kecil bersama saudara-mara anda? Air fryer dengan kapasiti besar pasti membantu anda!
2. Kekerapan Penggunaan
Adakah anda ingin gunakan air fryer pada hujung minggu atau masa-masa tertentu sahaja?
Atau anda gunakannya sebagai medium utama untuk memasak makanan?
Jika ya, maka beli produk yang berkualiti dan terbukti tahan lama.
3. Senang Dibersihkan
Pastikan anda dapatkan produk yang senang dibersihkan.
Pastikan “periuk” untuk memasak makanan mudah ditanggalkan dan dibersihkan.
4. Jenama
Jenama kadangkala agak penting dalam pemilihan produk terbaik.
Carilah jenama yang “well known” ataupun mendapat review positif daripada pengguna yang pernah membelinya.
Paling mudah, anda beli air fryer secara online.
Biasanya anda boleh lihat banyak komen-komen dari pengguna yang telah menggunakannya jika anda beli secara dalam talian.
Semakin ramai pembeli, semakin bagus rating maka jenama itu mungkin boleh dipercayai.
5. Jenis Analog Atau Digital
Bergantung kepada anda sendiri!
Jika anda ingin dapur anda tampak lebih moden, maka belilah air fryer jenis digital.
Pastikan anda membaca buku panduan terlebih dahulu.
6. Fungsi Istimewa
Sesetengah air fryer ada didatangkan dengan teknologi canggih dan fungsi istimewa.
Contohnya ada yang boleh masak makanan tanpa perlu defrost dulu, dan ada juga yang multi-function sesuai untuk pelbagai jenis masakan.
Jenama air fryer yang baik juga sepatutnya boleh masak sekata tanpa perlu “terbalikkan” makanan di dalamnya!
12 Air Fryer Terbaik Untuk Senarai Utama Anda!
Dalam bahagian ini, kami senaraikan air fryer yang mungkin boleh anda pertimbangkan untuk tambahan perkakasan memasak di dapur anda.
Kami hanya senaraikan produk terbaik dan terbukti mendapat maklumbalas paling positif dari pengguna terdahulu dan mendapat pembelian berulang.
Air fryer yang berkualiti tinggi, tahan lasak serta mempunyai fungsi memasak yang pelbagai!
Jom lihat senarai kami berikut:
1. Hiraki
Jika anda ingin mencari air fryer harga bajet dengan kapasiti yang sesuai untuk keluarga kecil, produk Hiraki agak sesuai untuk anda!
Kapasiti bersih 2.6 liter pastinya sesuai untuk memasak makanan yang mencukupi sehingga 5 orang.
Spesifikasi:
- Kawalan mekanikal
- Kapasiti kasar: PAN 3.8L
- Kapasiti bersih: Bakul makanan salutan non-lekat 2.6L dengan LFGB & FDA
- Kuasa: 1300 W
- Pemasa: 30 minit dengan penggera / penunjuk
- Suhu laras 80-200 ° C
- Pot yang boleh ditanggalkan daripada casing
- Kegunaan pelbagai: kentang goreng, panggang, membakar roti.
Beli/Lihat Hiraki:
2. Russell Taylor
Jenama Russell Taylor sememangnya agak sinonim dengan barangan peralatan dan perkakasan dapur.
Ada pelbagai kapasiti air fryer untuk produk ini.
Gambar diatas merupakan air fryer dengan kapasiti kasar 3.8 liter.
Untuk maklumat lanjut berkaitan air fryer jenama Russel Taylor 3.8 liter, sila ke pautan yang kami sediakan berikut:
Beli/Lihat Russell Taylor 3.8L:
3. Russell Taylor AF-70
Jika anda mencari air fryer jenama Russel Taylor dengan kapasiti yang lebih besar, produk seperti dalam gambar mungkin sesuai untuk anda.
Air fryer jenis manual dengan kapasiti 7.7L
Beli/Lihat Russell Taylor 7.7L:
4. Russell Taylor AF-55
Anda berminat dengan air fryer jenis digital?
Mungkin produk ini sesuai dengan anda?
Juga daripada Russell Taylor dengan kapasiti yang agak besar iaitu 5.5 liter!
Beli/Lihat Russell Taylor 5.5L:
4. PerySmith PS1520
Bagi sesetangah pembaca, jenama ini mungkin agak baru bagi anda.
Namun PerySmith merupakan antara pengeluar air fryer yang terkenal dengan teknologi tebaik serta berkualiti tinggi.
Spesifikasi ringkas perkakasan dapur ini adalah seperti berikut:
- Teknologi ECOHEALTH, makanan goreng dengan minyak kurang 80%
- Sistem pemanasan aliran udara 3D, cepat dan menjimatkan tenaga
- Suhu termostat boleh laras.80 ° C ~ 200 ° C
- Bakul makanan yang boleh ditanggalkan lapisan makanan
- Pemasa 30 minit dengan pemadaman automatik
- Permukaan luaran tetap kekal sejuk walaupun sedang proses memasak makanan
- Perlindungan panas berlebihan
- Kuasa: 1500w
- Kapasiti Pan: 4.8L
- Kapasiti Bakul: 3.8L
Beli/Lihat PerySmith 4.8L:
6. Giselle KEA0204
Air fryer Giselle yang sesuai untuk seisi keluarga anda dengan kapasiti 4.8 liter.
Boleh memasak seekor ayam dalam satu masa!
Beli/Lihat Giselle KEA0204:
7. Kelen Munoz
Kelen Munoz juga kami senaraikan sebagai antara pengeluar air fryer terbaik jenis digital dan analog.
Jika anda bercadang untuk dapatkan air fryer jenis analog berikut merupakan pilihan anda:
Dengan harga semasa RM129.90 untuk kapasiti 3 liter
Beli/Lihat Kelen Munoz 3L:
8. Kelen Munoz KMAF5SSTDB
Jika anda bercadang untuk dapatkan air fryer jenama Kelen Munoz jenis digital pula anda boleh layari pautan dibawah.
Harga tawaran yang agak menarik dengan kapasiti yang agak besar, 6.8 L.
Beli/Lihat Kelen Munoz 6.8L:
9. Panaletrik 3.8L
Senarai terakhir kami untuk air fryer jenis basket ialah daripada Panaletrik, jenis digital dengan harga bajet serendah RM176.00.
Air fryer dengan teknologi terbaik! – menampilkan sistem peredaran udara panas yang berterusan bagi memastikan kualiti makanan yang rangup!
Sesuai untuk kentang goreng, bawang, kerepek, ayam, stik, udang, daging, kek, ikan dan sebagainya.
Mempunyai menu program khas digital untuk daging, kerepek, ayam, stik, udang dan ikan.
Tombol kawalan suhu yang boleh disesuaikan dari 0-200 ° C membolehkan anda menyediakan pelbagai makanan dari kentang goreng rangup hingga kepak ayam dengan kelembapan dalaman!
Beli/Lihat Panaletrik 3.8L:
10. Samu Giken 10L
Jika anda mencari air fryer dengan kapasiti yang lebih besar, air fryer jenis “Turbo” mungkin sesuai dengan anda.
Samu Giken menawarkan kapasiti sehingga 10 liter dan sesuai untuk keluarga besar.
Dengan tudung kaca, anda boleh melihat makanan yang sedang dimasak!
Air fryer jenis digital dengan 20 fungsi memasak.
Bekas makanan juga jenis anti lekat dan mudah ditanggalkan untuk dibersihkan.
Beli/Lihat Samu Giken 10L:
11. Riino Turbo AF506E
Riino Turbo Air Fryer AF506E tidak memerlukan minyak untuk memasak makanan dengan bahagian luar yang rangup dan dalaman yang lembap!
Dengan air fryer ini, anda boleh memasak kentang goreng, nugget dan pelbagai jenis makanan ringan yang enak tanpa perlu risau tentang berapa banyak minyak yang anda gunakan.
Riino Turbo Air Fryer AF506E adalah rakan memasak yang sempurna kerana anda masih boleh membuat versi makanan kegemaran anda yang lebih berkhasiat tanpa menjejaskan kualiti dan rasa.
Spesifikasi:
- Kapasiti Memasak 10L
- Kuasa 1200 hingga 1400W
- Teknologi Memasak Bebas Minyak & Bebas Asap
- Cekap Tenaga & Bebas Sinaran
- Program Memasak Preset Digital
Beli/Lihat Riino Turbo AF506E:
12. Nakada NKD1100
Air fryer jenis turbo yang agak popular di Go Shop namun tidak kurang popularnya di Shopee Malaysia!
Kapasiti 5 liter dengan harga semasa RM239.00 sahaja.
Sistem aliran udara panas 360º bagi memastikan makanan dimasak dengan sekata dan sempurna.
Beli/Lihat Nakada NKD1100:
13. Riino AF510T
Riino AF510T merupakan air fryer jenis halogen oven dengan kapasiti 12 liter!
Maklumat produk:
- Sesuai untuk memasak pelbagai jenis makanan dengan 16 pilihan menu tersedia.
- Air Fryer Oven ini juga mempunyai fungsi rotisserie khas.
- Ia mengandungi 10 aksesori produk yang merangkumi: tong sangkar, garpu ayam, bakul jala, dulang celup, bakul, sangkar bergulir, rak dawai, rak tinggi, kuali dan tong.
- Riino Air Fryer Oven boleh suhu memasak dan masa yang boleh dilarasakan mengikut pilihan anda.
- Teknologi Peredaran Udara Pantas! Ia memasak dengan mengedarkan udara panas ke semua arah.
Beli/Lihat Riino AF510T:
14. Primada PCR1220
Primada 3D Air Fryer adalah “penggoreng”pintar yang membolehkan anda memanggang, menggoreng, bake dan grill dengan lebih “sihat”.
Primada Primada 3D Air Fryer dilengkapi dengan alat kawalan digital yang memberi anda kawalan yang lebih baik terhadap tempoh dan suhu memasak anda.
Peralatan dalaman yang agak mudah untuk tanggalkan dan dibersihkan.
Menawarkan kapasiti yang agak besar iaitu 14 liter!
Hasil masakan yang pastinya membuatkan anda teruja!
Beli/Lihat Primada PCR1220:
15. Innofood KT-CF22M
Fungsi Penggorengan Udara Inovatif dengan Fungsi Ketuhar yang dibina “semua dalam satu”.
Dengan tambahan Fungsi Dehidrator!
Dilengkapi dengan Preset 6 dalam 1 dengan pelbagai gaya dan teknik memasak.
Mempunyai ruang oven penaik, menggoreng dan penyahhidratan.
Dilengkapi dengan elemen pemanasan standard dan kipas perolakan yang lebih baik.
Jumlah 6 elemen pemanasan dan 6 bilah kipas dengan aliran udara 360º!
Spesifikasi:
- Voltan: 220-240 V ~, 50 / 60Hz
- Kuasa: 1700 W
- Kapasiti: 22 Liter
- pratetap menu 6 dalam 1
- Suhu hingga 230 darjah Celcius
- Pemasa hingga 60 minit ATAU anda boleh memilih masa tanpa had. Berguna untuk penyahhidratan.
- Kawalan Tombol
- Aksesori: Frying Cage, Mesh Tray, Wire Rack dan Oven Tray.
Beli/Lihat Innofood KT-CF22M: