Sinki dapur mudah alih merupakan salah satu kemudahan dapur yang semakin popular pada masa kini.
Anda berminat untuk dapatkan sinki mudah alih khas untuk dapur rumah, restoran ataupun mungkin dapur outdoor anda?
Kami ada senarai terbaik untuk anda!
sebelum itu, ada baiknya kita lihat juga informasi dan tips berguna berkaitan dengan pembelian sinki dapur yang popular ini.
Apa itu Sinki Portable?
Apakah yang dimaksudkan dengan sinki dapur portable?
Secara ringkasnya, sinki mudah alih ini jenis ini adalah sinki dapur yang boleh dipindahkan kedudukannya ke mana-,mana lokasi yang kita inginkan termasuklah di luar rumah.
Sinki ini agak berguna apabila musim perayaan atau gotong royong yang memerlukan kerja memasak dan membasuh yang banyak.
Dengan adanya sinki dapur seperti ini, pastinya pembersihan bahan makanan, sayuran, daging dan pinggan mangkuk menjadi lebih mudah kerana anda tidak perlu berasak-asak menggunakan sinki dapur tetap yang terhad.
Ringks kata, anda boleh membawa sinki ini ke mana-mana dengan syarat adanya bekalan air serta tempat untuk salirkan air buangan daripada siniki.
Ciri-ciri dan Kebaikan Sinki Dapur Mudah Alih
Berikut merupakan ciri-ciri sinki dapur portable yang bagus:
- Mudah dialihkan dan dipindahkan ke mana-mana lokasi yang diinginkan.
- Diperbuat daripada bahan kalis karat, stainless steel
- Rangka diperbuat daripada besi dengan kemasan cat kalis air
- Mempunyai tapak bersifat anti gelincir.
- Biasanya mempunyai rak tambahan pada bahagian bawah atau tepi sinki.
- Mempunyai soket khas untuk sambungan punca air mudah.
- Mempunyai salur khas untuk air buangan daripada sinki ke longkang atau saliran air buangan berdekatan.
- Kuat dan boleh menampung beban berat.
- Sinki universal, salur air buangan mudah ditukar ganti, alat ganti boleh diperolehi di kedai hardware berdekatan.
6 Tips Memilih Sinki Portable
Anda tertanya-tanya apakah tips dalam mendapatkan sinki mudah alih terbaik?
Jika anda merancang untuk dapatkan sinki portable, ada beberapa perkara yang harus anda pertimbangkan.
Berikut merupakan tips penting membeli sinki portable.
1. Material Permukaan Sinki
Biasanya permukaan sinki diperbuat daripada bahan kalis karat seperti stainless steel.
Ada sesetengah sinki mudah alih dapur diperbuat daripada logam yang dipanggil aluminium.
Kedua-dua jenis logam ini tahan karat, namun logam stainless steel lebih keras dan boleh menampung beban yang berat.
2. Material Keseluruhan
Jika anda mementingkan kualiti, kami sarankan anda dapatkan sinki dapur yang diperbuat daripada bahan kalis karat sepenuhnya seperti dalam gambar berikut.
Anda boleh lihat dan beli pelbagai jenis dan rekabentuk sinki dapur kalis karat seperti ini di secara online di pautan berikut:
Bahan logam stainless steel sememangnya terkenal dengan sifatnya yang kalis karat walaupun digunakan secara kerap bertahun-tahun.
Oleh itu, anda tidak perlu risau ianya akan reput atau berkarat dimakan usia!
3. Tapak Anti Gelincir
Pastikan anda memeriksa perincian sinki mudah alih yang ingin dibeli.
Pastikan penjual ada menyatakan bahawa tapak sinki yang dijual bersifat tidak mudah teralih atau lari daripada kedudukannya semasa digunakan.
4. Easy Inlet Water Supply
Sinki mudah alih sememangnya tersedia dengan salur khas untuk anda sambungkan bekalan air.
Pastikan sambungan mudah, mudah diganti jika rosak serta menggunakan alat ganti universal.
Jika tiada pili air tersedia pada sinki, pastikan anda dapatkan sinki mudah alih yang menyediakan ruang khas untuk anda pasangkan pili air nanti.
5. Sistem Salur Air Keluar Mudah
Biasanya sinki portable menggunakan salur getah yang flexible atau mudah dibengkokkan.
Apabila digunakan dalam jangka masa lebih setahun, kemungkinan hose saliran air buangan bocor atau mereput.
Jangan risau, alat gantinya mudah diperolehi di kedai perkakasan seperti Mr. Diy dan kedai hardware lain.
Namun, ada lebih baik jika anda bertanya kepada penjual terlebih dengan memastikan bahawa produk mereka menggunakan komponen biasa dan alat gantinya dijual di mana-mana kedai hardware.
6. Lihat Maklumbalas Pembeli Terdahulu
Adalah amat pentinh untuk anda “baca” dahulu akan respon atau komen pengguna terdahulu.
Lihat komen mengapa pembeli memberikan “5 bintang” serta lihat juga sebab mengapa pembeli memberikan hanya “1 star” sahaja.
Di sini anda boleh mentafsir sejauh mana kualiti atau kebolehpercayaan sesuatu produk yang dijual.
Senarai Sinki Dapur Portable Terbaik 2021
Anda sudah “hadam” maklumat dan tips memilih dapur mudah alih yang bagus?
Jom lihat 8 senarai sinki portable terbaik dan terlaris di pasaran online Malaysia 2021 berikut:
1. 202 Non Magnetic Stainless Steel
Diperbuat daripada bahan logam stainless steel 202 non-magnetik.
Sinki mudah alih dengan 3 pilihan saiz tersedia iaitu:
- Panjang keseluruhan 100cm x 50cm Lebar x 80cm Tinggi (ukuran sinki: panjang 40, lebar 31, kedalaman 20)
- Panjang keseluruhan 1200cm x 50cm Lebar x 80cm Tinggi (ukuran sinki: panjang 45, lebar 31, kedalaman 20)
- Panjang keseluruhan 1200cm x 50cm Lebar x 80cm Tinggi (ukuran sinki berganda: panjang 40, lebar 31, kedalaman 20)
Spesifikasi lain:
- Rak 2 tingkat pada bahagian bawah sinki
Lihat/Beli 202 Non Magnetik SS:
2. Commercial Stainless Steel Sink
Spesifikasi dan kelebihan:
- Sinki stainless steel heavy duty, sesuai untuk kerja pencucian yang kerap, boleh menampung peralatan berat.
- Anti skid, tapak yang tidak mudah berubah kedudukannya.
- Sistem saliran air buangan yang lancar
- Rekabentuk moden dan selamat dengan bucu yang tidak tajam
- Sangat sesuai untuk dapur, dapur outdoor, restoran dan sebagainya
Dimensi:
- 1 Takungan Sinki : L600 x W600 x H800mm , (saiz takungan L450 x W415 x H230mm)
- Sinki dengan 2 Takungan: L1200 x W600 x H800mm , (Saiz takungan L450 x W415 x H230mm)
Lihat/Beli Commercial Stainless Steel Sink:
3. CAM Brand DIY
Sinki ringkas stainless steel dengan rak!
Spesifikasi dan kelebihan:
- Gred Keluli Tahan Karat
- Dimensi: 915mmx 460mm x 820mm
- Kemasan Berkilat
- Tapak bersifat anti gelincir
- Sesuai untuk dapur rumah anda.
Lihat/Beli CAM Brand Stainless Steel Sink:
4. Sunsteel
Merupakan salah satu jenama pengeluar peralatan dapur tempatan yang teletak di Ipoh, Perak.
Salah satu kemudahan dapur yang dijual ialah sinki jenis stainless steel ini.
Berikut merupakan spesifikasi sinki portable daripada Sunsteel:
Spesifikasi dan kelebihan:
-
- Model: SUN-DBS-1260C
- Bahan: SUS 201
- Ketebalan: 0.8mm
- Dimensi: 1200 (L) x 600 (D) x 850 (H) mm
- Kualiti unggul
- Mudah dipasang
- Tugas berat & tahan lama
- Water Strainer disertakan
- Kaki keluli tahan karat dilengkapi dengan kaki boleh laras untuk penyesuaian keseimbangan
- Sesuai untuk kegunaan rumah, kedai, restoran atau kilang
Lihat/Beli Sunsteel Sink:
5. GVW 9208
Salah satu sinki dapur mudah alih yang mendapat permintaan yang tinggi di pasaran online!
Spesifikasi dan kelebihan produk:
- Dimensi Produk (L x W x H dalam mm): 750 X 400 X 740
- Dimensi kadbod (L x W x H dalam mm): 800 X 500 X 200
- Dimensi takungan sinki (L x W x H dalam mm): 370 X 330 X 130
- Berat Produk (dalam kg): 4KGS
- Berat Pakej (dalam kg): 5KGS
- kuat, dan tahan lama
- Pemasangan yang mudah
- jimat ruang
Lihat/Beli GVW 9208:
6. 9212
Sinki dengan 2 takungan yang mendapat permintaan ramai di pasaran online Malaysia 2021!
Spesifikasi dan kelebihan produk:
- Dimensi Produk (L x W x H dalam mm): 1200 X 500 X 800
- Dimensi Sink Mangkuk (L x W x H dalam mm): 320 X 400 X 160
- Dimensi kadbod (L x W x H dalam mm): 1210 X 530 X 180
- Berat Produk (dalam kg): 8KGS
- Berat Pakej (dalam kg): 9KGS
- Produk heavy duty stainless steel, kuat dan tahan lama
- Cara pemasangan DIY yang mudah
Lihat/Beli 9212:
7. KT Ware
Merupakan sinki mudah alih dengan rangka yang diperbuat daripada besi dengan cat kalis karat.
Salah satu kelebihan sinki ini ialah mempunyai rak khas untuk tempat simpan peralatan dapur.
Anda tidak perlu bersusah payah untuk sediakan meja atau rak khas tambahan.
Spesifikasi dan kelebiha produk:
- Saiz: panjang 107cm X lebar 48cm X Tinggi 82 + 70cm
- Tersedia dengan salur air buangan
- Rak gantung, rak depan dan bawah sinki
- Tapak anti slip (tidak mudah tergelincir)
- Rangka besi bersalut cat tahan karat
- Alat ganti salur sinki jenis universal, boleh diperolehi di kedai hardware berdekatan anda.
Lihat/Beli KT Ware:
8. Epoxy Anti Rust 3V
Sinki stainless steel dengan rangka kuat yang diperbuat daripada logam yang dilapisi dengan cat epoksi anti karat.
Spesifikasi dan kelebihan produk:
- Sink portable lengkap dengan rak penyimpanan peralatan dapur.
- Pemasangan DIY yang mudah
- Tersedia dengan salur air buangan
- Material sinki dan salur air buangan jenis universal, alat ganti boleh diperolehi di kedai hardware bedekatan.
- Tapak anti gelincir (anti slip)
- Saiz Takungan Sinki Panjang 40cm x Lebar 35cm x Tinggi 15cm
Lihat/Beli Epoxy Anti Rust 3V:
9. Sinki Dan Cabinet
Sink dengan panjang 3 kaki serta lengkap dengan kabinet 3 pintu
Spesifikasi:
- Dimensi: L 121cm x D 41cm x H 83cm
- Material :Plywood + Stainless steel
- Warna: Cream & Dark
- Kalis Air
Lihat/Beli Sinki & Kabinet:
10. Sinki Kabinet Stainless Steel
Pelbagai pilihan sinki dapur mudah alih dengan kabinet 2 pintu, 2 pintu dan 2 laci dan banyak lagi pilihan untuk anda!
Anda hanya perlu memilih saiz dan rekabentuk yang sesuai dengan anda.
100% diperbuat daripada besi kalis karat!
Lihat/Beli Epoxy Anti Rust 3V: