• Tentang Dapurware
  • Penafian
  • Dasar Privasi
  • Hubungi
Dapurware
  • Dapurware
  • Perkakas
  • Peralatan
  • Aksesori
  • Tekstil Dapur
  • Perabot
  • Tips
No Result
View All Result
  • Dapurware
  • Perkakas
  • Peralatan
  • Aksesori
  • Tekstil Dapur
  • Perabot
  • Tips
No Result
View All Result
Dapurware
No Result
View All Result
Home Perkakas

14 Jenama Cooker Hood Terbaik Malaysia 2022

Informasi, tips memilih dan senarai penyedut asap di dapur yang bagus untuk panduan pemilihan anda!

Achilles Leo Joseph by Achilles Leo Joseph
August 28, 2022
in Perkakas, Tips
0
14 Jenama Cooker Hood Terbaik Malaysia 2022
0
SHARES
15.2k
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

Cooker hood terbaik, tips dan informasi mengenai alat ini sebagai panduan untuk anda membuat pilihan terbaik.

Senarai Kandungan Sembunyikan
Apakah itu Cooker Hood?
Jenis Penyedut Asap
1. Penyedut Asap Chimney / Wall-mounted
2. Penyedut Langsing
3. Hood “Pulau”
Jenis Hood Dapur bagaimana yang terbaik?
Tips memilih dan memasang penyedut asap
1. Luas Dapur Gas
2. Ketinggian hood memasak dari dapur gas
3. Kitar Semula atau Ventilasi ?
4. Jenis Penapis Hood Dapur
Penapis Jaring
Penapis Sesekat
Penapis Arang
5. Bunyi
6. Penyelenggaraan
Senarai Cooker Hood Terbaik dan Terlaris Di Pasaran Online Malaysia 2021
1. Rubine RCH-BOXLINE X-90SS
2. FaberJet Zitto 90SS
3. Elba Infinito EH-J9088
4. Midea MCH-90MV1
5. Midea MCH-90J52
6. Elba Eterno EH-E9121ST(BK)
7. Butterfly Cooker Hood BCH-1133
8. Milux Slim Hood MHS-S430
9. Midea MCH-76MSS
10. Homelux HCH-760
11. Elba J7695
12. Firenzzi FCH-9015
13. Lebensstil Kollektion LKCH-9800GIS
14. Firenzzi Island Hood FCH-9017

Dengan adanya hood dapur di rumah anda, anda tidak perlu risau lagi ruang dalaman rumah yang dipenuhi asap, berbau pedas, bersin disebabkan tumisan pedas, ikan kering dan sebagainya.

Penyedut khas ini bukan sahaja menyedut asap, ianya juga menyedut bau, wap, dan jadikan ruang dapur anda bebas bau yang kurang menyenangkan!

Apakah itu Cooker Hood?

Pada asasnya, penyedut asap dapur terdiri daripada komponen asas berikut iaitu kanopi, kipas penghisap, dan penapis.

Semasa proses memasak di dapur, semua asap, wap, minyak dan bau akan naik ke atas kanopi.

Kipas penghisap kemudian akan menarik semua asap, bau dan sebagainya yang dihasilkan semasa proses memasak masuk kedalam hood dan kemudiannya ditapis sebelum dilepaskan ke udara luar rumah melalui saluran ekzos.

Penyedut ini membantu menjaga dapur anda daripada bau masakan, dan mencegah bau masuk ke seluruh ruang dalam rumah anda, atau meresap ke rambut dan pakaian anda!

Banyangkan jika bau tumisan sambal petai masuk ke ruang bilik anda dan mengenai pakaian serta tempat tidur anda!

Sebilangan besar produk penyedut asap tersedia dengan lampu, yang mana membantu anda melihat dan memantau proses memasak terutamanya pada waktu malam!

Jenis Penyedut Asap

Jika anda melakukan carian di “google” anda akan dapati begitu banyak jenis penyedut asap yang dijual di luar sana.

Adalah penting bagi anda untuk kenali dulu jenis-jenis hood dapur ini sebelum melakukan pembelian.

Jom kita lihat jenis-jenis penyedut asap dapur berikut:

1. Penyedut Asap Chimney / Wall-mounted

Penyedut asap jenis chimney ini merupakan penyedut yang biasa dan banyak didapati di pasaran.

Juga merupakan hood dapur yang paling banyak digunakan oleh pengguna di Malaysia.

Ianya juga dikenali sebagai penyedut asap yang berlubang, atau berventilasi.

Unit ini dipasang pada dinding kosong, tetapi anda boleh menambah kabinet di setiap sisinya.

Ketika digunakan, kipas penghisap menyedut asap memasak melalui penapis dan kemudian dibebaskan ke bahagian atas cerobong yang mengarah ke paip ekzos.

Paip ekzos disambungkan ke bahagian luar dimana asap dapur yang telah ditapis ini dihembus keluar.

Sekiranya anda tidak mahu menebuk lubang di dinding dapur anda untuk paip ekzos, anda juga boleh menggunakan penyedut asap yang menyaring udara dan mengitarinya kembali ke dapur. Ini dipanggil tudung tanpa saluran, atau peredaran semula.

Hood dapur yang dipasang di dinding juga terdapat dalam versi codong (slanted hood), yang kini semakin popular.

Mungkin disebabkan penampilannya yang unik serta tidak menyekat “kepala” anda ketika memasak.

2. Penyedut Langsing

Jenis kitchen hood seterusnya ialah penyedut asap langsing atau slim hood.

Penyedut asap ini tidak mempunyai bahagian cerobong yang tinggi, sehingga boleh dipasang di bawah kabinet dapur anda.

Penyedut langsing mempunyai ciri-ciri pemasangan yang sama dengan penyedut jenis chimney

Dengan menggunakan penyedut asap jenis slim ini, bahagian atas alat ini boleh dipasang pada paip ekzos yang tersembunyi di dalam kabinet, dan mengarah ke luar.

Terdapat juga versi penyedut asap langsing yang disebut teleskop.

Tudung jenis ini tersembunyi hampir sepenuhnya di dalam kabinet seperti dalam gambar berikut:

Telescopic Hood
Telescoping Hood

3. Hood “Pulau”

Penyedut asap jenis “pulau” ialah penyedut asap khas yang sesuai untuk dapur yang terletak di tengah-tengah ruangan dapur seperti dalam gambar.

Penyedut jenis ini biasanya disambung ke bahagian bumbung dapur rumah.

Disebabkan ruang sekeliling yang terbuka, penyedut asap jenis pulau ini memerlukan daya “sedutan” yang agak kuat untuk memastikan asap daripada aktiviti memasak dapat disedut dengan maksimum.

Penyedut asap pulau juga boleh dibina secara dihembus keluar dari ruang dapur atau dikitar semula, ditapis dan dilepaskan semula di ruang dapur.

Untuk memastikan ruang dapur anda tampak kemas, proses pemasangan penyedut asap memerlukan “kepakaran” agar saluran ekzos tidak mencacatkan penglihatan ruang dapur rumah anda!

Jenis Hood Dapur bagaimana yang terbaik?

Dalam memilih cooker hood terbaik untuk dapur anda, ada beberapa perkara yang perlu anda perimbangkan.

Antaranya adalah seperti berikut:

  • Luas kawasan memasak: seberapa luas kawasan memasak anda?
  • Tinggi: berapa tinggi anda mesti memasangnya?
  • Daya sedutan: kipas perlu kuat untuk menarik semua bahan pencemar
  • Beredar semula atau berventilasi: adakah anda dapat menyalurkan asap di luar?
  • Jenis penapisan: kaedah apa yang digunakan untuk memerangkap minyak?
  • Bunyi kuat: adakah hood dapur menghasilkan bunyi kuat ketika dihidupkan dengan kuasa penuh?
  • Penyelenggaraan: berapa kerap ia perlu dibersihkan?
  • Reka bentuk: adakah ia sesuai dengan keseluruhan reka bentuk dapur anda?

 

Perlu diingat, kawasan memasak yang besar, dapur gas 4 tungku atau lebih mungkin memerlukan penyedut asap yang lebih kuat.

Terlalu tinggi daripada punca memasak mungkin tidak begitu efisien dalam menyedut asap.

Hood memasak jenis ventilasi mungkin lebih bagus disebabkan udara dikeluarkan terus ke luar rumah

Pastikan anda tahu selang masa dalam membersihkan atau menukar penapis yang digunakan, pastikan ianya boleh memerangkap minyak dengan optimum.

Hood dapur dengan bunyi perlahan sangat bagus, namun anda perlu membayar lebih.

Tips memilih dan memasang penyedut asap

Berikut merupakan tips penting dalam memilih penyedut asap yang sesuai dengan dapur gas anda di rumah.

1. Luas Dapur Gas

Jika panjang dapur gas anda ialah 90 cm, gunakan hood memasak dengan panjang permukaan 90cm juga atau lebih.

Ini memastikan asap memasak dapat disedut dengan maksimum dan tidak terlepas ke ruang dapur dan mungkin ke seluruh dalaman rumah anda.

2. Ketinggian hood memasak dari dapur gas

Jika anda menggunakan penyedut udara jenis slanted hood, jarak antara bahagian paling bawah permukaan slanted hood ke dapur gas ialah 29cm

slanted hood

Jika anda memilih penyedut asap jenis yang lain seperti pulau, lansing dan chimney ukuran ketinggian terbaik daripada permukaan penyedut ke gas hob adalah kira-kira 65cm minimum.

Anda boleh rujuk gambar dibawah:

3. Kitar Semula atau Ventilasi ?

gambar kredit: compair-flow

Kaedah paling berkesan untuk mengeluarkan udara berasap dari dapur anda adalah dengan menghembuskannya ke luar.

Ianya memerlukan penyedut asap berventilasi yang mempunyai paip ekzos menuju ke luar.

Untuk memasangnya, kontraktor anda perlu menebuk lubang di dinding dapur anda.

Ukuran lubang biasanya sekitar 17cm diameter, kadangkala berbeza bergantung pada jenama.

Tetapi jika anda tinggal di kondominium atau apartmen, biasanya anda tidak dibenarkan menebuk lubang di dinding anda.

Oleh itu anda perlu menggunakan penyedut udara dapur jenis “kitar semula”.

Sebilangan besar hood dapur yang dijual di pasaran adalaj jenis kitar semula, namun biasanya mempunyai alat tambahan untuk menyambungkan paip ekzos untuk menukarnya kepada jenis berventilasi.

4. Jenis Penapis Hood Dapur

Semasa udara disedut ke dalam hood memasak, udara berasap akan ditapis untuk menghilangkan minyak, asap dan wap.

Proses ini terlibat untuk hood jenis kitar semula dan ventilasi

Terdapat tiga jenis penapis yang biasa digunakan seperti berikut:

Penapis Jaring

Penapis jenis jaring ini dibuat dari beberapa lapisan mesh aluminium halus.

Semasa udara berasap ditarik melalui penapis, minyak melekat pada penapis, dan udara yang lebih bersih keluar dari sisi lain.

Penapis jenis ini perlu dicuci dengan kerap jika tidak, liang pori akan tersumbat.

Sekiranya tersumbat, cooker hood anda perlu bekerja lebih keras, dan pastinya akan menghasilkan bunyi yang bising.

Penapis Sesekat

Penapis penyedut asap dapur ini dibuat dari pelbagai plat keluli tahan karat atau aluminium.

Gris atau wap berminyak akan terkondensasi pada bilah atau sirip penapis sesekat, dan menitis ke cawan pengumpul atau selokan.

Cawan kemudian boleh dikosongkan.

Penapis sesekat juga perlu dicuci secara berkala untuk mengelakkan penumpukan minyak.

Namun, kerana penapis ini tidak mempunyai liang kecil, maka ianya tidak cenderung untuk tersumbat, jadi tidak akan mengurangkan aliran udara.

Penapis Arang

Penapis arang biasanya terdapat dalam pembersih air dan gas masks, namun juga digunakan pada penyedut asap dapur untuk menyerap bau.

Alat ini tidak boleh dicuci, tetapi perlu diganti setelah beberapa bulan penggunaan

Kebanyakan cooker hood menggunakan penapis jaring atau sesekat.

Namun, jika anda bercadang untuk kitar semula udara yang disedut, anda memerlukan penapis arang tambahan untuk membersihkan udara yang disedut terlebih dahulu sebelum melepaskannya kembali ke ruang dapur.

Cadangan:

  • Semua penapis mempunyai kelebihan dan kekurangan masing-masing.
  • Penapis sesekat (baffle) mungkin lebih senang dibersihkan, tetapi perlu dibersihkan dengan lebih kerap.
  • Cari hood dapur yang yang mudah dijaga dan pengendalian serta “pembongkaran” yang mudah.

5. Bunyi

Apabila hood dapur beroperasi dengan kuasa penuh, bunyi kipas boleh menjadi sangat kuat.

Ada sesetengah penyedut asap dapur moden dan terkini menggunakan aerodinamik canggih untuk mengurangkan tahap kebisingan.

Penyedut dapur pada fungsi kuasa penuh akan mempunyai tahap kebisingan sekitar 52dB.

Sebagai perbandingan, ia sama dengan bunyi pengering rambut, sementara pembersih vakum sekitar 70dB.

Jika anda tidak gemarkan bunyi kuat, carilah model atau produk yang menawarkan bunyi kurang daripada 52dB.

Perlu diingat, tahap kebisingan berpotensi meningkat jika penapis tidak dibersihkan secara berkala, kerana kipas harus bekerja lebih keras untuk menjaga aliran udara.

Cadangan:

  • Sekiranya anda mempunyai dapur terbuka, cari tudung dapur yang lebih senyap kerana cooker hood boleh mengganggu orang di ruang makan dan ruang tamu anda.

6. Penyelenggaraan

Berapa kerap anda perlu membersihkan “tudung” dapur anda?

Sebaik-baiknya, anda harus mengelap permukaan hood selepas setiap sesi memasak, termasuklah chimney dan tray canopy

Untuk alat penyedut dapur dengan penapis sesekat, anda perlu membersihkan cawan dan mengosongkannya kemudian lap sebelum memasang semula.

Untuk penapis mesh, anda harus mencuci penapis mesh setiap 2 hingga 4 minggu.

Keluarkan dan rendam dalam air panas dengan beberapa larutan pembersih selama 10 minit.

Kemudian, bersihkan penapis dengan berus lembut untuk menghilangkan gris, keringkan dan pasangkan kembali ke tudung dapur anda.

Banyak pengguna memberi komen bahawa penapis jenis baffle lebih senang dibersihkan dan sentiasa kelihatan seperti baru.

Penapis mesh pula mungkin semakin lama semakin tidak efisien kecuali anda kerap melakukan pembersihan yang mendalam.

Anda juga disyorkan untuk membersihkan kipas blower yang terdapat dalam sistem penyedut asap dapur anda setahun sekali.

Bergantung pada model yang anda gunakan, ini mungkin memerlukan pembongkaran.

Cadangan:

  • Pilih jenama yang mempunyai sokongan selepas jualan yang baik.
  • Pilih jenama dengan penapis yang banyak dijual di pasaran semasa.
  • Jika anda membeli hood dapur jenis skrin sentuh, anda perlu tahu cara penyelenggaraannya jika skrin sentuh mulai sukar berfungsi.

Senarai Cooker Hood Terbaik dan Terlaris Di Pasaran Online Malaysia 2021

Anda suda dapatkan sedikit tips pemilihan penyedut asap dapur yang bagus?

Kami ada beberapa senarai produk hood memasak yang bagus dan paling dipercayai di pasaran online Malaysia!

Jom lihat senarai kami berikut:

1. Rubine RCH-BOXLINE X-90SS

Penyedut asap jenama Rubine ini merupakan salah satu cooker hood dengan rekaan moden dengan panel kawalan sentuh.

Merupakan penyedut jenis chimney.

Dengan panjang corong lebih kurang 90cm, agak sesuai untuk dapur gas 2 tungku.

Spesifikasi dan kelebihan:

  • Jenis Chimney/Wall mounted
  • RUBINE [RCH-BOXLINE X-90SS]
  • Panel Kawalan Sentuh Sensor
  • Daya sedutan: 1400 m³ / jam
  • Bahan Permukaan / Perabot: Keluli Tahan Karat & Kaca Tempered
  • Panel Kawalan: Sentuhan Sensor Tidak Terlihat
  • Tahap Kelajuan Sedutan: 2
  • Pemasa Kelewatan: Ya
  • Lampu: 2 x Lampu LED
  • Penapis: Penapis Baffle Pyramid tahan karat
  • Penapis Arang: Ya
  • Perangkap Minyak: Ya
  • Dengan sistem Ekzos ventilasi dan Peredaran Semula.
  • Dimensi Produk (WxDxH mm): 897 x 511 x 558/808
    Ciri-ciri Unik: Panel Depan Reka Bentuk Kaca Bevel, Panel Kawalan Sentuh Sensor Tidak Terlihat, Penyelenggaraan Mudah, X-boost

Ciri-ciri unik:

  • Panel hadapan dengan rekabentuk Kaca Bevel
  • Panel Kawalan Sentuh Sensor Tidak Terlihat
  • Penyelenggaraan Mudah
  • X-boost

Warranti:

  • Waranti Rubine 1.5 Tahun, jaminan pendaftaran dalam talian tambahan jaminan 12 Bulan
  • Waranti Motor 5 Tahun, waranti daftar dalam talian tambahan jaminan 12 Bulan

Beli/Lihat Rubine RCH-BOXLINE X-90SS:

LIHAT DI LAZADA

LIHAT DI SHOPEE

2. FaberJet Zitto 90SS 

 

Pilihan seterusnya untuk cooker hood jenis chimney.

Tampil dengan rekaan unik dan moden dengan kawalan sentuh digital.

Sesuai untuk dapur gas atau elektrik biasa dengan panjang 90cm

Spesifikasi dan kelebihan:

  • Daya sedutan: 1000mᶟ / jPanjang: 90cm
  • 2 x penapis arang bentuk bulat
  • Penapis minyak jenis baffle
  • Kawalan mesin dengan panel
  • Kawalan kipas 3 kelajuan
  • 2 x lampu LED
  • Dengan sistem Ekzos ventilasi dan Peredaran Semula.

Jaminan:

  • Jaminan  5 Tahun oleh Faber Malaysia
  • Waranti Papan PCB 2 Tahun
  • Waranti Umum 1 Tahun

Beli/Lihat Faber FaberJet Zitto 90SS :

LIHAT DI LAZADA

LIHAT DI SHOPEE

3. Elba Infinito EH-J9088

Elba Infinito EH-J9088 stainless steel dengan rekaan moden jenis kawalan sentuh.

Spesifikasi dan kelebihan:

  • Jenis Chimney
  • Corong sedutan dengan panjang 90cm
  • 1,400 m3 / jam Kuasa Sedutan
  • Panel kawalan sentuhan moden
  • Penapis Berbentuk Piramid yang Boleh Dibasuh dengan mudah (baffle filter)
  • Dengan Penapis Arang
  • Dengan 3 Kelajuan Kipas
  • Operasi Pengedaran Semula udara dan ventilasi ekzos
  • Lampu LED
  • Diameter luaran 150mm
  • Casis Keluli Tahan Karat Premium
  • Dimensi Produk (mm): W 895 x H (549 – 1029) x D 500 mm
  • Dimensi kadbod (mm): W 955 x H 555 x D 495 mm

Waranti: 

  • 1 Tahun warranti oleh Elba Malaysia

Beli/Lihat Elba Infinito EH-J9088:

LIHAT DI LAZADA

LIHAT DI SHOPEE

4. Midea MCH-90MV1

Penyedut asap dapur jenama Midea yang tidak asing lagi di Malaysia.

Cooker hood jenis chimney ini juga merupakan antara produk yang agak laris di pasaran online Malaysia!

Spesifikasi dan kelebihan Midea Cooker Hood:

  • Penyedut asap jenis Chimey
  • Panjang 90cm
  • Kuasa Motor: 330W
  • Lampu LED: 2 x 1.5W
  • Daya sedutan: 1200m3 / jam
  • Saluran keluar udara: 150mm
  • Pemilihan 3-Kelajuan
  • Keluli Tahan Karat & Kaca Tempered
  • 2 penapis Arang
  • Sistem operasi ventilasi ekzos dan kitar semula
  • Penapis jenis mesh 5-lapisan yang boleh dicuci
  • Dimensi Produk dalam mm: 900 (W) x 500 (D) x 485 (H)
  • Butang kawalan sentuhan.

Warranti:

  • Jaminan Am 1 Tahun
  • Waranti Motor 5 Tahun

Beli/Lihat Midea MCH-90MV1:

LIHAT DI LAZADA

LIHAT DI SHOPEE

5. Midea MCH-90J52

Midea MCH-90MV1 menawarkan rekabentuk slanted hood yang semakin popular sejak kebelakangan ini.

Namun penyedut udara dapur ini hanya boleh dipasang dalam bentuk ducth out sahaja.

Ducth out atau ventilasi bermaksud asap dapur ditapis dan dikeluarkan dari rumah melalui ekzos dimana dinding rumah perlu ditebuk untuk memasang cooker hood ini.

Teknologi canggih pengendalian menggunakan kawalan “gesture control” dengan melambaikan tangan untuk fungsi “on” dan “off”

Spesifikasi dan kelebihan:

  • Daya sedutan: 1500m3 / jam
  • Sistem kawalan Sentuh
  • Menggunakan kawalan “gesture control” (Gelombang Tangan Hidup / Mati)
  • Lampu LED: 2×1.5W
  • Penapis baffle: Cawan minyak memanjang yang mudah dibersihkan
  • Pemilihan 2-kelajuan
  • Lengkap dengan hose aluminium 190mm
  • Dimensi produk (mm): 896 (W) x460 (D) x545-1345 (H)
  • Untuk operasi ventilasi ekzos sahaja

Jaminan:

  • Jaminan 5 tahun untuk Motor

Beli/Lihat Midea MCH-90MV1:

LIHAT DI LAZADA

LIHAT DI SHOPEE

6. Elba Eterno EH-E9121ST(BK)

Pilihan kedua slanted hood daripada Elba dengan ciri-ciri berikut:

Spesifikasi dan kelebihan:

  • Kuasa Sedutan: 1,400m³ / jam
  • Dengan Pembukaan Engsel Hidraulik
  • Kawalan Sentuh Sensor 2-Kelajuan
  • Kuasa Motor: 250W
  • Lampu LED 2x2W
  • Dengan Penapis Arang
  • Casis Keluli Tahan Karat Premium
  • Kawalan Pemasa Automatik
  • Dengan Cawan takungan minyak (Penapis jenis baffle)
  • Motor seal penuh
  • Fungsi
  • Dimensi Produk (mm): 898 (W) x 425 (D) x 578-996 (H)
  • Dimensi kadbod (mm): 950 (W) x 640 (D) x 535 (H)

Waranti:

  • 5 Tahun warranti daripada Elba Malaysia.

Beli/Lihat Elba Eterno EH-E9121ST(BK):

LIHAT DI LAZADA

LIHAT DI SHOPEE

7. Butterfly Cooker Hood BCH-1133

Direka untuk tgas hob dengan panjang 90cm.

Sistem panel kawalan mudah

Spesifikasi dan kelebihan:

  • Kuasa Sedutan: 100 meterpadu per jam
  • Kuasa input: 180W
  • Lampu: 1.5W x 2
  • Tray minyak jenis baffle
  • Penapis arang untuk tapis udara, dihembus kembali kedalam ruang dapur
  • Operasi Pengedaran Semula udara dan ventilasi ekzos
  • Permukaan diperbuat daripada tempered glass dan stainless steel
  • Kadar voltan dan frekuensi: 220-240v / 50Hz
  • kadar Aliran ekzos : 720m3 / j
  • Berat bersih.: 22.0kg
  • Dimensi: 900mm (W) x 800mm (D) x 430mm (H)

Jaminan:

  • 1 Tahun jaminan daripada Syarikat Elba

Beli/Lihat Elba Eterno EH-E9121ST(BK):

LIHAT DI LAZADA

LIHAT DI SHOPEE

8. Milux Slim Hood MHS-S430

Senarai cooker hood dapur terbaik seterusnya ialah jenis Slim Hood.

Rekaan ini juga merupakan salah satu produk penapis asap dapur yang agak laris di Malaysia kerana harganya yang lebih murah.

Jom kita lihat spesifikasi slim hood dapur terpilih jenama Milux berikut:

Spesifikasi dan kelebihan:

  • Jenis slim hood
  • Saiz (L x W x H): 895 x 480 x 135 mm
  • Kuasa: 200W
  • Daya sedutan: 750 m³ / jam
  • Badan Keluli Tahan Karat
  • Dengan Kaca tempered pada permukaan sedutan
  • Penapis Gris Aluminium 3 Lapisan (mesh filter)
  • Dengan 2 Motor berkuasa 80W
  • 3 Tahap Kelajuan
  • Dengan Penapis Arang
  • Dengan Lampu 40W
  • Berfungsi untuk ventilasi dan kitar semula udara.

Jaminan:

  • Waranti Milux Malaysia Satu Tahun

Beli/Lihat Milux Slim Hood MHS-S430:

LIHAT DI LAZADA

LIHAT DI SHOPEE

9. Midea MCH-76MSS

Pilihan penapis jenis slim hood seterusnya ialah Midea MCH-76MSS dengan panjang 76cm.

Direka untuk sistem ventilasi dan peredaran semula udara.

Anda boleh memilih untuk salurkan asap keluar rumah atau ditapis melalui penapis arang dan dilepaskan semula ke ruang dapur.

Penapis paling sesuai untuk anda yang tidak ingin menebuk lubang dinding, perumahan kondominium dan apartment.

Spesifikasi Midea MCH-76MSS Slim Cooker Hood 2.5Feet (76CM)

  • Daya sedutan: 900m3 / jam
  • Keluli tahan karat
  • Lampu LED
  • Tekan butang untuk berfungsi
  • Penapis jenis mesh
  • Dua penapis aluminium & dua penapis arang
  • Motor berkembar, kuasa lebih besar
  • Saluran keluar atau sistem peredaran semula
  • Penapis yang boleh dibasuh x 2
  • Dimensi Produk (mm): 757 (W) x500 (D) x140 (H)

Warranti:

  • Jaminan untuk motor selama 5 tahun

Beli/Lihat Midea MCH-76MSS:

LIHAT DI LAZADA

LIHAT DI SHOPEE

10. Homelux HCH-760

Antara pilihan yang menawarkan harga berpatutan untuk anda yang utamakan bajet rendah.

Butiran Produk Dari Homelux Slim Range Hood HCH-760 adalah seperti berikut:

Spesifikasi dan kelebihan:

  • Dimensi: 76cm x 51cm x 15cm
  • Fungsi peredaran semula atau saluran paip ekzos ventilasi
  • Rekaan menarik
  • Paip Outlet Dimensi: saiz 6 “
  • Motor Berkembar
  • Pencahayaan: 25W
  • Kuasa Motor: 65W + 65W
  • Daya sedutan: 900 m³ / j
  • Kelajuan Motor: 1300rpm
  • Kaedah Pencucuhan: Pencucuhan Piezo Automatik
  • Kadar voltan dan frekuensi: 220-240V- 50 / 60Hz
  • Berat: 12.5Kg
  • Warna: Mocha
  • Penapis Arang
  • Tray Pengumpulan Minyak (penapis jenis baffle)

Warranti: 

  • 1 Tahun warranti daripada penjual.

Beli/Lihat Homelux HCH-760:

LIHAT DI LAZADA

LIHAT DI SHOPEE

11. Elba J7695

Elba J7695 juga merupakan pilihan cooker hood yang agak laris di pasaran online Malaysia 2021.

Tampil dengan spesifikasi seperti berikut:

Spesifikasi dan kelebihan:

  • Slim Kitchen hood
  • Daya sedutan 900m3 / jam
  • Motor Berkembar dengan Julat Kelajuan: 1,100 rpm
  • Kuasa Motor: 150W
  • Jenis Pengudaraan: Ventilasi ekzos sahaja
  • Dengan 2 kelajuan kipas
  • Penapis baffle dengan cawan minyak bulat dan memanjang
  • Kawalan tekan butang
  • Lampu LED 2 x 1.5W
  • Dimensi Produk (mm): 750 (W) x 510 (D) x 120 (H)
  • Dimensi bungkusan (mm): 825 (W) x 580 (D) x 215 (H)
  • Berat: 12.5kg (NW: 11.5kg)

Warranti:

  • Waranti ELBA 1 Tahun

Beli/Lihat Elba J7695:

LIHAT DI LAZADA

LIHAT DI SHOPEE

12. Firenzzi FCH-9015

Senarai kami seterusnya adalah penyedut asap dapur jenis “pulau”.

Cooker hood dapur yang dikhaskan untuk dapur gas atau elektrik di bahagian tengah ruangan dapur anda.

Firenzzi FCH-9015 merupakan salah satu barangan jenama berkualiti dari Itali!

Dengan kuasa sedutan yang agak kuat!

Spesifikasi dan kelebihan:

  • Permukaan penyedut dengan panjang 89.50cm
  • Kuasa Sedutan: 1390m3 / jam
  • Kelajuan: 3 kelajuan
  • Penapis: Alumnium Mesh; penapis arang
  • Kemasan: Keluli tahan karat
  • 4 Lampu berkuasa 1.5w
  • Jenis Kawalan Sentuhan tidak terlihat
  • Cawan Minyak: Ya
  • Pemasa: Kelewatan Pemasa
  • Ducting & penutup dinding stainless steel

Warranti:

  • Waranti: Motor Hood 5 tahun, (1 kali tuntutan)

Beli/Lihat Firenzzi FCH-9015:

LIHAT DI LAZADA

LIHAT DI SHOPEE

13. Lebensstil Kollektion LKCH-9800GIS

Jika penampilan island cooker hood pertama tidak sesuai untuk anda bagaimana dengan penyedut jenama Lebensstil Kollektion ini pula?

Dengan kawalan sensor touch moden dan pastinya memudahkan anda.

Permukaan stainless steel dengan panel kaca berwarna hitam!

Spesifikasi dan kelebihan:

  • Casis keluli tahan karat Island Hood dengan kaca terbaja diameter 900mm
  • Tersedia dengan 4 Lampu LED penjimatan tenaga (3W)
  • Pengekstrakan (Maks): 1,300m³/j
  • Panel Kawalan: Sentuhan Sensor
  • Tahap Kelajuan: 3
  • Jenis Penapisan: Penapis Aluminium 1×5 Lapisan
  • Pengekstrakan (Mod): Saluran Keluar hanya hos 6″ / Pilihan: edar semula

Dimensi Produk :
• 900mm (W) x 370mm (D) x 600-1100mm (H)

Beli/Lihat Lebensstil Kollektion LKCH-9800GIS:

LIHAT DI SHOPEE

14. Firenzzi Island Hood FCH-9017

Firenzzi FCH-9017 juga antara senarai cooker hood jenis “pulau” terbaik dari kami!

Rekabentuk dan penampilannya yang unik serta futuristik sememangnya tidak dapat disangkal lagi.

Jom kita lihat ciri-ciri dan spesifiaksi hood island ini.

Ciri-ciri:

  • Kemasan: Keluli tahan karat
  • Penapis aluminium
  • Sistem kawalan 3 kelajuan
  • Kawalan sentuh tekan
  • Penapis baffle dengan tray minyak
  • penutup dinding saluran jenis Stainless steel
  • Penapis arang

Spesifikasi:

  • Kuasa: 220-240V / 50HZ
  • Daya sedutan: 1490m³ / jam
  • 4 Lampu LED berkuasa 1.5W setiap satu
  • Penyedut asap jenis ventilasi dan kitaran semula

Warranti:

  • 5 Tahun warranti daripada Firenzzi

Beli/Lihat Firenzzi Island Hood FCH-9017:

LIHAT DI LAZADA

LIHAT DI SHOPEE

Tags: penyedut asap dapur
Previous Post

9 Rak Dapur Gas Stainless Steel Terbaik Malaysia 2022

Next Post

12 Kabinet Dapur Pasang Siap Online Malaysia 2022

Achilles Leo Joseph

Achilles Leo Joseph

Related Posts

18 Periuk Pressure Cooker Terbaik Di Malaysia 2023
Aksesori Memasak

18 Periuk Pressure Cooker Terbaik Di Malaysia 2023

by Achilles Leo Joseph
January 14, 2023
5 Mesin Uli Tepung Roti Canai Terbaik Malaysia 2022
Perkakas

5 Mesin Uli Tepung Roti Canai Terbaik Malaysia 2022

by Achilles Leo Joseph
October 15, 2022
17 Jenama Oven Terbaik & Popular Di Malaysia 2022
Perkakas

17 Jenama Oven Terbaik & Popular Di Malaysia 2022

by Achilles Leo Joseph
October 13, 2022
22 Dapur Gas Stainless Steel Terbaik Malaysia 2022
Aksesori Memasak

22 Dapur Gas Stainless Steel Terbaik Malaysia 2022

by Achilles Leo Joseph
October 7, 2022
11 Hand Mixer Terbaik & Popular Malaysia 2022
Bakeware

11 Hand Mixer Terbaik & Popular Malaysia 2022

by Achilles Leo Joseph
October 7, 2022
Next Post
Kabinet Dapur Pasang Siap

12 Kabinet Dapur Pasang Siap Online Malaysia 2022

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Premium Content

10 Tempat Bakar BBQ Terbaik Malaysia, 2021

10 Tempat Bakar BBQ Terbaik Malaysia, 2021

July 7, 2021
11 Senarai Periuk Stainless Steel Terlaris Di Malaysia 2023

11 Senarai Periuk Stainless Steel Terlaris Di Malaysia 2023

January 14, 2023
8 Meja Dapur Ikea Terbaik & Popular Di Malaysia 2021

8 Meja Dapur Ikea Terbaik & Popular Di Malaysia 2021

August 17, 2021

Browse by Category

  • Aksesori Meja
  • Aksesori Memasak
  • Bakeware
  • Perabot
  • Peralatan Memasak
  • Perkakas
  • Sinki & Paip
  • Tekstil Dapur
  • Tips

Browse by Tags

alat pembuat waffle alat pengisar daging dapur gas mini dapur gas portable dapur gas tahan karat food steamer terbaik harga alat waffle jenis air fryer kabinet sinki kebaikan air fryer mangkuk tingkat tiffin tupperware mesin pemerah tebu oven glove oven konvensional terbaik oven murah penyedut asap dapur periuk die cast aluminium periuk granite non stick periuk nasi elektrik besar pisau potong daging rak dapur tahan karat rak sinki rice cooker terbaik sarung tangan microwave sinki portable terbaik tebu juicer toaster terbaik
Dapurware

Kami persembahkan senarai pelbagai jenis barangan dan perkakasan di dapur untuk rujukan anda! Lihat laman tentang kami untuk info lanjut.

Tentang Dapurware

Categories

  • Aksesori Meja
  • Aksesori Memasak
  • Bakeware
  • Perabot
  • Peralatan Memasak
  • Perkakas
  • Sinki & Paip
  • Tekstil Dapur
  • Tips

Browse by Tag

alat pembuat waffle alat pengisar daging dapur gas mini dapur gas portable dapur gas tahan karat food steamer terbaik harga alat waffle jenis air fryer kabinet sinki kebaikan air fryer mangkuk tingkat tiffin tupperware mesin pemerah tebu oven glove oven konvensional terbaik oven murah penyedut asap dapur periuk die cast aluminium periuk granite non stick periuk nasi elektrik besar pisau potong daging rak dapur tahan karat rak sinki rice cooker terbaik sarung tangan microwave sinki portable terbaik tebu juicer toaster terbaik
  • Dasar Privasi
  • Hubungi
  • Penafian
  • Peralatan & Perkakasan Dapur
  • Tentang Dapurware

© 2021 Dapurware.

No Result
View All Result
  • Aksesori Meja
  • Aksesori Memasak
  • Bakeware
  • Tekstil Dapur
  • Perabot
  • Peralatan Memasak
  • Perkakas
  • Sinki & Paip

© 2021 Dapurware.