Periuk nasi elektrik merupakan salah satu peralatan yang sangat penting dan perlu ada di dapur anda.
Dengan terciptanya rice cooker automatik ini, maka tiada lagi nasi yang dimasak hangus seperti zaman semuanya serba manual.
Anda hanya perlu masukkan amaun beras, air dan “onkan” suis periuk nasi anda.
Namun bagaimana memilih periuk nasi yang sesuai?
Dan apakah kebaikan alat memasak nasi terbaru dan moden ini
Jom kita pelajari kebaikan/kelebihan dan cara mudah untuk menentukan dan memilih periuk nasi yang sesuai dengan dapur dan kegunaan harian anda!
7 Kebaikan Rice Cooker Moden
Kebanyakan periuk nasi elektrik yang digunakan di rumah anda menggunakan bekas dalaman yang diperbuat daripada aluminium bukan?
Dimana kadangkala nasi yang dimasak berkerak dibahagian bawa apabila telah lama digunakan.
Selain itu, perlu direndam terlebih dahulu supaya mudah dibersihkan.
Kini, teknologi elektronik dan elektrik semakin berkembang.
Terdapat banyak periuk nasi elektrik yang dicipta dan semakin memudahkan anda.
Anda kini boleh perolehi nasi yang lebih menyihatkan, tiada lagi kerak nasi dan sebagainya.
Jom kita selami kebaikan periuk nasi elektrik moden ini.
1. Memasak nasi untuk anda secara automatik
Semua periuk nasi mempunyai fungsi ini.
Anda tidak perlu menunggu dan memantau nasi seperti yang anda lakukan untuk masakan sayuran ataupun makanan berkuah lain.
Hanya ukur beras dan cecair, pasangkan penutup, dan hidupkan mesin.
Periuk nasi kemudian akan mematikan mod memasaknya apabila kitaran selesai.
2. Memastikan nasi anda tetap panas
Setelah periuk nasi selesai membuat kitaran memasaknya, kebanyakan model menawarkan ciri pemanasan.
Ianya membolehkan anda memastikan nasi tetap hangat tanpa perlu pemanasan berkali-kali dan akhirnya menyebabkan nasi menjadi agak kering dan keras.
3. Senang dibersihkan
Permukaannya yang licin menjadikannya sangat mudah untuk dibersihkan.
Ini disebabkan sifat semulajadi periuk seramik yang antilekat. Masakan tidak akan melekat berbanding dengan periuk biasa yang lain.
4. Nasi dimasak lebih menyihatkan
Ada sesetengah periuk nasi elektrik yang mempunyai fungsi untuk mengurangkan jumlah kanji dalam sesuatu nasi yang dimasak.
Kurang kanji, maka nasi anda menjadi lebih sihat!
Sangat sesuai untuk anda yang sedang berdiet ataupun pesakit kencing manis.
5. Multifungsi
Periuk nasi elektrik terkini lebih moden dari 10 tahun sebelumnya.
Anda mungkin terkejut terdapat banyak periuk nasi pelbagai fungsi yang boleh memasak nasi, sayuran, daging, sup dan sebagainya!
Periuk ini merupakan idea terbaik untuk dibawa bersama taktala anda ingin bersiar-siar di tempat-tempat peranginan dimana anda perlu tinggal di homestay, hotel yang tidak menyediakan peralatan memasak.
Memasak menggunakan periuk nasi pelbagai fungsi agak memudahkan anda!
6. Fungsi Automatik
Terdapat sesetengah periuk yang menawarkan fungsi automatik penuh dimana anda boleh menetapkan masa untuk nasi ataupun lauk mulai dimasak.
Sebagai contoh, waktu makan tengahari ialah pukul 12.00pm dan anda menetapkan fungsi masa periuk nasi elektrik ini mulai memasak pada pukul 11.00 am.
Dengan fungsi ini, nasi anda segar dan hangat serta sedap dimakan!
7. Lebih ringan
Biasanya periuk jenis ini lebih ringan berbanding dengan periuk besi, stainless steel yang lain.
Sesiapapun boleh menggunakanya tanpa terasa beban yang berat.
Yang penting, ianya sangat mudah dikendalikan.
8 Tips Memilih Rice Cooker Yang Bagus
Siapa kata memasak nasi itu senang?
Sekiranya anda pernah memasak nasi dengan kaedah tradisional anda pasti perlu berdiri di dapur untuk memerhatikannya sehingga siap.
Walaupun anda menggunakan periuk tekanan, anda perlu menambahkan air secukupnya untuk mendapatkan nasi kukus yang sempurna.
Alat memasak nasi elektrik dilengkapi dengan banyak ciri dan sangat berkesan.
Ia sama pentingnya dengan mesin basuh, peti sejuk dan banyaknya.
Namun, ada perkara yang harus anda perhatikan semasa membeli alat ini.
1. Saiz dan kapasiti
Rice cooker dicipta dalam pelbagai saiz dan kapasiti.
Tidak seperti kebanyakan peralatan dapur, periuk memasak ini tidak mengambil lebih banyak dalam dapur rumah anda.
Kapasiti periuk nasi diukur dengan jumlah cawan beras yang boleh dimasaknya.
Periuk nasi elektrik tersedia dengan kapasiti antara 1 hingga 6 liter, dan mungkin lebih lagi.
Semasa membeli periuk elektrik, perkara pertama yang perlu dipertimbangkan adalah saiz keluarga anda.
Sekiranya anda adalah keluarga kecil yang terdiri daripada 5 hingga 6 orang, pertimbangkan untuk membeli periuk berkapasiti 3 hingga 5 liter.
Juga, pertimbangkan berapa cawan beras yang biasanya anda perlukan.
2. Mudah dikendalikan
Kebanyakan periuk elektrik dilengkapi dengan operasi satu sentuhan.
Ini bermakna anda hanya perlu menambahkan beras, jumlah air yang mencukupi dan membiarkan periuk melakukan yang lain.
Terdapat periuk elektrik yang lebih maju dengan kawalan dan fungsi digital.
Terdapat fungsi seperti pemasa kendiri / penundaan bermula, automatik tetap panas, memasak perlahan, mengukus dan banyak lagi.
Sangat sesuai untuk mempunyai fungsi pemasa kendiri atau penundaan dalam suatu periuk nasi elektrik.
Ini menetapkan periuk untuk mula berfungsi pada waktu yang ditentukan dan bahkan memberitahu anda masa yang tersisa sehingga nasi siap dihidangkan.
Ciri-ciri ini membolehkan anda mengotomatisasi barang dan anda yakin nasi anda akan siap apabila tiba masanya untuk makan!
3. Jenis penutup
Beberapa periuk nasi dilengkapi dengan penutup tembus pandang, sementara yang lain mempunyai penutup keluli tahan karat yang sesuai.
Tudung tembus sangat bagus kerana anda boleh melihat nasi semasa memasak!
4. Reka bentuk mudah dibersihkan
Untuk pembersihan yang mudah, pastikan mangkuk memasak dan penutupnya selamat di mesin basuh pinggan mangkuk.
Anda boleh mengeluarkan dan membersihkan periuk memasak serta penutup dengan span scrub dan air dengan mudah.
Memilih periuk dengan keluli tahan karat, aluminium atau periuk dalaman anti lekat sememangnya bermanfaat dalam jangka masa panjang!
5. Fungsi Mati Automatik
Ciri-ciri ini terdapat di hampir semua periuk nasi.
Penggunaan fungsi “Automatic Shut-Off” adalah dimana periuk beralih secara automatik beralih ke fungsi “Keep Warm” setelah nasi siap.
Ini bermakna, anda tidak perlu memantau nasi yang sedang dimasak.
6. Periuk nasi pelbagai fungsi
Anda juga perlu mempertimbangkan untuk membeli alat memasak nasi serbaguna, jika anda keluarga besar.
Sangat berguna apabila terdapat satu alat yang dapat melakukan banyak tugas.
Terdapat rice cooker yang boleh mengukus sayur, daging dan ikan bersama nasi.
Beberapa model periuk multifungsi lain juga membolehkan anda memanaskan atau mendidihkan sup dan memasak kacang!
7. Aksesori tambahan
Kebanyakan alat memasak nasi elektrik canggih dilengkapi dengan satu set aksesori.
Bergantung pada model yang anda pilih, mungkin adanya “freegift” dulang kukus, cawan pengukur, dulang stim, spatula dan sudu!
8. Jaminan dan perkhidmatan selepas jualan
Semasa membeli rice cooker, periksa jaminan yang ditawarkan oleh penjual
Sebilangan besar jenama menawarkan jaminan sehingga 2 tahun.
Untuk maklumat terperinci, berbincang dengan penjual terlebih dahulu atau rujuk laman web rasmi jenama.
Seperti peranti lain di rumah, periuk nasi adalah alat dapur yang penting, sesuatu yang akan anda gunakan untuk masa yang sangat lama.
Warranti selepas jualan sangatlah penting!
Senarai Rice Cooker Terbaik dan Popular di Malaysia 2023
Anda suda baca dan fahami tips pemilihan diatas?
Anda bersedia untuk membeli periuk nasi yang sesuai dengan kapasiti keluarga di rumah anda?
Kami sediakan lebih daripada 10 pilihan rice cooker terbaik berdasarkan tips yang telah kami sediakan.
Jom lihat senarai kami berikut, siapa tahu anda mungkin ingin mendapatkannya?
1. Homex RC-50
Semak harga dalam pilihan dibawah:
Lazada Malaysia
Kelebihan dan kebaikan:
- Periuk Nasi Sihat 14 Dalam 1 multifungsi dengan panel kawalan satu sentuhan yang intuitif
- 40% kanji dikurangkan berbanding periuk nasi konvensional
- Pemakanan sihat, hidup sihat
Terdapat 14 fungsi memasak Rice Cooker Sihat Multi-Fungsi HOMEX 5L ini.
Ianya adalah seperti di bawah:
- Nasi Kanji Rendah
- Nasi
- Kukus
- Bubur
- Nasi Perang
- Sup
- Kacang
- Ayam
- mi
- Braise
- Kek
- Yogurt
- Fermentasi
- Fungsi keep warm & cancel
Spesifikasi Produk:
- Pemasa 24 jam
- Periuk dalaman yang tidak melekat
- Kapasiti 5 Liter
- Isipadu beras 1.8 liter (10 cawan)
- Jenis Palam 3 pin Malaysia
- Kuasa: 900 Watt
- Voltan: 220 ~ 240V, 50Hz
Waranti:
- Waranti Pembekal Tempatan 1 Tahun
Harga semasa: RM559
2. Primada Smart PSCL301
Semak harga dalam pilihan dibawah:
Lazada Malaysia
Primada 3L smart rice cooker yang sesuai untuk keluarga kecil.
Kelebihan dan kebaikan:
- Menggunakan pot 304 stainless steel yang anti calar serta konduktor haba yang bagus
- 7 langkah kawalan pemanasan untuk dapatkan nasi yang terbaik dan sedap
- Multi fungsi: memasak nasi, nasi briyani, lauk, sup, stim dan nasi perang
- Kapasiti penuh 3 liter dan kapasiti beras 1.2 liter mencukupi sehingga 10 orang
- Sangat mudah dibersihkan
Barang tambahan:
- sudu nasi
- kabel kuasa
- penyukat beras
- tray stim
Waranti:
- 1 Tahun jaminan
Harga semasa: RM189
3. Hetch 5L
Semak harga dalam pilihan dibawah:
Lazada Malaysia
HETCH 8 in 1 Rice Cooker Multifungsi Rice Cooker MTC-1723-HC (5L Pot Inner Non-stick / masakan lebih sihat)
versi diperbaharui!
Kebaikan dan kelebihan:
- 8 fungsi memasak yang diprogramkan: Nasi, Pencuci mulut, Sup, Bubur, Goreng, Gula Rendah, Uap, Yoghurt
- Mod memasak nasi rendah gula atau mod memasak nasi biasa
- Pantau proses memasak melalui tetingkap pandangan lutsinar (BPA & Phthalate Free – diuji oleh SGS)
- Kapasiti 5L periuk dalaman yang tidak melekat (Bebas BPA – diuji oleh SGS)
- Isi padi 1.8L beras (memasak nasi hingga 15 orang dalam satu hidangan)
- 24 jam automatik fungsi warm
- Pemasa pratetap hingga 24 jam (anda boleh set masa untuk mula memasak)
- Butang pelepas penutup satu sentuhan
- Pemegang sentuhan sejuk mudah alih
Waranti:
Jaminan terhad 2 tahun (elemen pemanasan) dan kecacatan pembuatan 1 tahun
Apa yang ada di dalam kotak:
- Periuk Nasi Gula Rendah 1x HETCH 8 in 1
- 1x Sudu Nasi
- 1x Cawan Pengukur
- Dulang
- Pengukus
Harga semasa: RM229
4. Mini Rice Cooker
Semak harga dalam pilihan dibawah:
Lazada Malaysia
Periuk nasi elektrik mini yang sesuai untuk keluarga kecil!
Spesifikasi dan kelebihan:
- Mod pemanasan: pemanasan casis.
- Spesifikasi produk: YD-12B.
- Saiz: 180 * 200 * 180mm
- Warna pilihan: Putih, merah jambu, hijau dan perang
- Kuasa penggunaan: 200W.
- Bahan periuk: lapisan periuk tidak melekat.
- Fungsi: Kukus
- Voltan: 220.
- Kapasiti: 1.2 – 2.5 liter
Pakej merangkumi:
Pakej merangkumi:
- 1 X Rice cooker
- 1 X kabel kuasa
- 1 X Steam Tray
- 1 X Spoon
- 1 X Measuring cup
Nota:
Skala yang dilabel dengan 1, 2, 3, 4, dan lain-lain bukanlah kapasiti pot.
Nombor ini adalah nisbah beras dan air.
Harga semasa: RM49 hingga RM120
5. Giselle Mini 1.2
Semak harga dalam pilihan dibawah:
Lazada Malaysia
Mini rice cooker Giselle yang sesuai untuk keluarga kecil.
Agak laris di pasaran online Malaysia!
Kebaikan dan kelebihan:
- Container Bekas dalaman tidak lekat, bekas dalaman dipanaskan secara merata, permukaannya licin, tidak mudah melekat di periuk,
- Mudah dibersihkan.
- Pelbagai fungsi: memasak nasi, bubur, sup, memanaskan makanan, mee segera dan lain-lain.
- Sesuai untuk 1-3 orang
- Pemegang kukuh dan tidak mudah terlepas dari gemgaman.
- Pemegang kalis haba
- Fungsi memasak satu butang
- Sistem pemanasan seragam, memasak pantas, menjimatkan masa dan kecekapan tinggi.
- Tapak anti gelincir
- Penutup atas yang boleh ditanggalkan dan dibasuh dengan mudah.
Spesifikasi produk:
- Kapasiti: Kapasiti besar 1.2L
- Kuasa: kuasa rendah 200W
- Kapasiti beras: boleh memasak 4 mangkuk beras (dengan cawan pengukuran yang diberikan: 2.5 cawan beras)
- Kelebihan: padat dan mudah alih dan jimat ruang
- Berat kasar: 1.66 kg
- Berat bersih: 1.38 kg
Warna tersedia:
- Hijau, Pink, Coklat, Putih
Untuk memasak bubur:
- Periuk nasi mini ini boleh digunakan untuk memasak bubur.
- Setelah air mendidih, perlu buka penutup untuk masakan bubur.
Harga semasa: RM51 hingga RM60
6. Russell Taylors ERC-30
Semak harga dalam pilihan dibawah:
Lazada Malaysia
Merupakan periuk nasi elektrik jenis “Smart”.
Aplikasi 6 langkah peringkat pemanasan untuk dapatkan nasi yang terbaik dan lebih sedap!
Spesifikasi dan kelebihan:
- Boleh memasak jenis makanan lain selain nasi seperti lauk pauk, sayuran dan sebagainya.
- Mudah diangkat, pemegang pada bahagian atas.
- Periuk dalaman jenis non stick
- Fungsi keep warm
- Interface yang mudah, hanya tekan pada butang yang anda inginkan.
- Kapasiti 1.8 L (untuk 6 orang)
- Kuasa 700W
Waranti:
- 1 tahun waranti.
7. Dessini 5L
Semak harga dalam pilihan dibawah:
Lazada Malaysia
Periuk nasi jenis “smart” Dessini adalah peralatan dapur baru dengan teknologi terkini.
Periuk ini tercipta hasil daripada gabungan teknologi periuk nasi biasa, periuk tekanan dan, gabungan teknik masakan haba dan stim.
Selamat, menjimatkan tenaga elektrik serta kualiti masakan nasi terbaik!
Spesifikasi:
- Kapasiti: 5.0 Liter
- Ukuran Pot Dalam: 23.5 cm (W) x 14.5cm (H)
- 6 Menu Auto: Nasi, Masak Pantas, Sup, Bubur, Kukus dan Kek
- Pot Lapisan 5 Lapisan Non Stick dengan Ketebalan 4mm
- Pemasa Pratetap Automatik sehingga 12 Jam
- Fungsi “keep warm” hingga 12 Jam
- Mudah Dibersihkan dan menggunakan mesin pencuci pinggan
- Butang Buka Tolak Mudah (penutup rice cooker)
Percuma: Cawan pengukur x 1, Dulang kukus x 1, Padi beras x 1
Pakej merangkumi:
- Cawan pengukur x 1
- Dulang kukus x 1
- Sudu nasi x 1
Harga semasa: RM100++
8. Tefal RK7321
Semak harga dalam pilihan dibawah:
Lazada Malaysia
Periuk dengan rekabentuk sfera inovatif untuk peredaran udara panas yang mantap menghasilkan nasi yang lebih sedap!
Dilengkapi dengan Fuzzy Logic Artificial Intelligence yang mengawal suhu dan masa memasak untuk prestasi masakan optimum.
Kebaikan dan spesifikasi:
- Automatik keep warm
- 8 panel kawalan program memasak: Nasi putih, nasi perang, bubur, sup, stim, rebus, masak perlahan dan banyak lagi.
- Mesra pengguna: Butang Satu Sentuhan yang mudah
- Kapasiti besar: Sesuai untuk seisi keluarga (10 cawan / 1.8 L)
- Tahan lama: Periuk dalaman aluminium 1.5mm dengan 4 lapisan termasuk lapisan tidak melekat
- Mudah dibersihkan: Bahagian yang boleh ditanggalkan selamat dari mesin pencuci pinggan
Aksesori tambahan:
- Cawan penyukat beras
- Dulang stim
- Sudu nasi
Warranti:
- 2 Tahun jaminan penggunaan.
Harga semasa: RM220++
9. Philips HD3132
Semak harga dalam pilihan dibawah:
Lazada Malaysia
Ciri-ciri dan kelebihan periuk nasi Philips HD3132
- Lapisan ProCeramic + canggih 5x lebih sukar
- Sistem pemanasan 3D pintar memasak nasi secara merata
- Fungsi pemanasan tetap automatik sehingga 48 jam
- Aloi yang lebih tebal memastikan setiap butir nasi dimasak dengan sempurna
- Kapasiti 2.0L yang agak besar sehingga 14 orang
- Periuk dalaman dengan pemegang sentuhan kalis haba untuk akses mudah
- Tudung dalaman yang boleh dilepas sepenuhnya untuk memudahkan pembersihan
- Lapisan anti-lekat Whitford untuk memudahkan pembersihan
- Badan keluli tahan karat yang tahan lama untuk penggunaan jangka masa panjang
Pakej ini termasuk:
- Cawan penyukat
- Spatula (sudu nasi)
- Dulang / bakul kukus
Warranti:
- Jaminan penggunaan sehingga 2 tahun
Harga semasa: RM200++
10. Toshiba Honatsukama
Semak harga dalam pilihan dibawah:
Lazada Malaysia
Periuk nasi jenama Toshiba Honatsukama dengan pilihan kapasiti 1 liter dan 1.8 liter.
Salah satu jenama smart rice cooker yang mendapat permintaan tinggi di pasaran online Malaysia, 2021
Spesifikasi produk:
- Kapasiti: 1L / 1.8L
- Voltan Dinilai: 220-240V ~
- Frekuensi: 50 / 60Hz
- Penarafan Kuasa Pemanas: 605W-720W / 760-904W
- Lapisan anti lekat berwarna hitam
- Lapisan luaran berwarna hitam
- 5 lapisan periuk
- Tapak periuk corak sarang lebah untuk konduksi haba terbaik dan seragam
- Ketebalan periuk Flange 2.2 mm
- Mempunyai pengudaraan stim
- Paparan Operasi: LED
- Pemasa Operasi: PRAT-SET 24 JAM
- Keep warm sehingga 6 jam
- Fungsi memasak pantas
Periuk ini boleh memasak makanan berikut:
- Nasi
- Bubur
- Nasi putih, perang & pulut.
- Sup
- kek
- Sushi
- Steam
Aksesori tambahan:
- Dulang/bakul kukus
- Sudu nasi
- Sudu bubur
- Cawan penyukat beras
11. Pensonic Batik PSR-1801
Semak harga dalam pilihan dibawah:
Lazada Malaysia
Pensonic Jar Rice Cooker merupakan periuk nasi jenis konvensional dengan corak batik yang menarik!
Permukaan lapisan bersifat anti lekat dimana mudah dibersihkan dan mengelakkan nasi daripada melekat pada permukaan dalam periuk.
Maklumat produk:
- Voltan: 220-240V
- Frekuensi: 50-60HZ
- Kuasa: 700W
- Kapasiti: 1.8L
- Periuk nasi jenis mekanikal
- Fungsi Masak & keep warm
- penutup dalaman berganda
- dengan suis mikro
- Struktur fius dalaman yang diperbaiki
Pakej ini termasuk:
- Sudu nasi
- Cawan ukuran
- Pengukus plastik dalaman
Warranti:
- Jenis Jaminan: Waranti Pengilang Tempatan
- Tempoh Jaminan: 1 Tahun
12. Gaabor
Semak harga dalam pilihan dibawah:
Ciri-ciri:
- Panel sesentuh yang besar dibahagian atas
- 1.2L kapasiti sesuai untuk 3-4 orang makan.
- Ketahanan makanan sehingga 24 jam tanpa mengubas rasa asli makanan.
- 6 pilihan hidangan disediakan bagi memudahkan & menjimatkan masa.
- 1 tombol untuk membuka penutup tanpa memegang penutup diatasnya.
- Mempunyai rak pengukus diatasnya bagi menjimatkan tempoh memasak sesuatu hidangan.
- Penggunaan kuasa serendah 500w, menjimatkan masa, elektrik & tenaga.
Spesifikasi Gaabor 1.2L:
- Jenama:Gaabor
- Nama Produk:Periuk Nasi
- Model:GR-S30B
- Kapasiti:1.2L
- Kuasa undian:500W
- Voltan berkadar: 220~240V
- Kekerapan dinilai: 50~60Hz
- Jenis Palam: Palam 3 Pin Malaysia
- Warna: Putih
- Bahan tangki dalaman: salutan tidak melekat
- Fungsi: Periuk Dalam Salutan Tidak Melekat, Fungsi Pemasa, Paparan LED Digital
- Jenis pengawal: Kawalan Sentuhan Pintar Antara muka yang jelas dan operasi yang mudah!
13. Periuk Nasi Panasonic
Semak harga dalam pilihan dibawah:
Lazada Malaysia
Panasonic SR-RN188 merupakan periuk nasi jenis smart cooker dengan dalaman yang anti lekat.
Dengan fungsi mengukus (basket stim disertakan bersama).
Periuk dalaman serta tudung yang mudah dibersihkan.
Ciri ciri:
- Kapasiti: 1.8 Liter
- Fungsi keep warm hingga 5 Jam
- Kuali Dalaman: Kuali Bersalut Tidak Melekat
Spesifikasi:
- Model No: SR-RN188
- Bekalan kuasa: 240 V ~ 50 Hz
- Kuasa untuk memasak: 650W
- Pemanasan: 48W
- Kapasiti: 0.54 – 1.8L (3-10 cawan)
- Berat bersih (lebih kurang): 2.9kg
- Dimensi (lebih kurang) W x D x H: 27.5cm x 27cm x 28.7cm
- Aksesori tambahan: Rice Scoop, Measuring Cup, Steaming Basket
Jaminan:
- Waranti 1 Tahun Dari Panasonic Malaysia
4 Pilihan Periuk Nasi Elektrik Besar
Kami juga sertakan beberapa pilihan untuk periuk nasi jenis besar yang sesuai digunakan untuk majlis-majlis tertentu dan jamuan keluarga.
Periuk yang pastinya membantu untuk memasak nasi dalam kapasiti yang banyak untuk sekali masakan!
1. Milux 10L
Semak harga dalam pilihan dibawah:
Lazada Malaysia
Merupakan pilihan periuk nasi jenis besar dengan ciri-ciri beirkut:
- Kapasiti 10L
- Periuk Nasi Komersial Elektrik
- Periuk Dalaman Aluminium Berkekuatan Tinggi
- Bersifat anti lekat
- Fungsi Automatik Tetap Hangat
- Elemen Pemanasan Besar
Jaminan:
13 Bulan warranti oleh Milux
2. Morgan MCR-VAST 10
Semak harga dalam pilihan dibawah:
Lazada Malaysia
Periuk yang boleh memasak nasi yang mencukupi untuk 50 orang!
Tampil dengan ciri-ciri dan spesifikasi menarik seperti berikut:
- Kapasiti 10L
- Maks: 7.5kgs, Min: 2kg (Maksimum Hingga 50 Orang)
- Kuasa: 2800w
- Panel kawalan besar dengan satu sentuhan
- Sangat mudah dikendalikan
- Fungsi auto off apabila terlalu panas.
- Pot dalaman yang boleh ditanggalkan dengan lapisan tidak melekat
- Tudung pemegang besar keluli tahan karat dengan pemegang untuk gantung
- Kabel kuasa yang boleh dilepaskan
- Memasak nasi automatik
- Fungsi kekal hangat
- Dimensi Periuk (mm): 595L x 503W x 378H
Warranti:
- Waranti 1 Tahun oleh Morgan Malaysia
3. Homelux 20 L
Semak harga dalam pilihan dibawah:
Lazada Malaysia
Anda mencari periuk nasi elektrik yang lebih besar?
Periuk nasi elektrik jenama Homelux dengan kapasiti lebih 20 liter ini mungkin pilihan yang sesuai?
Dengan kemampuan untuk menyediakan nasi yang mencukupi untuk 120 orang sekali masak!
Ciri-ciri:
- Periuk Nasi Gas Komersial: HGRC-23
- Jenis Gas: LPG
- Kapasiti: 23L
- Penggunaan Beras: 120 Orang
- Ciri: Termostat Magnet
- Kategori: Periuk Nasi Gas Komersial
- Model HGRC-23
4. Periuk Nasi Elektrik Besar 16L
Semak harga dalam pilihan dibawah:
Lazada Malaysia
Periuk nasi oleh Yuyao Aggpo ini agak besar dan merupakan salah satu periuk yang agak laris di pasaran online Aliexpress.
Kapasiti masakan nasi serta pot dalaman yang bersifat anti lekat menjadikan periuk ini agak bagus untuk alat memasak nasi dengan kapasiti besar.
Kelebihan dan ciri-ciri:
- Termostat untuk kawalan haba yang seragam
- Pengoperasian mudah dengan hanya tekan 1 butang
- Fungsi kekal hangat
- Sistem pemanasan langsung untuk pemanasan dan masakan yang cepat
- Kapasiti besar 16 Liter D
- apat memasak nasi dalam lebih kurang 30 minit
- Dalaman anti lekat
- Masak beras seberat 11 kg untuk lebih kurang 60-70 orang
5. Periuk Nasi Elektrik 23L
Semak harga dalam pilihan dibawah:
Lazada Malaysia
Periuk Nasi Elektrik kormersial dengan isipadu besar hingga 23Liter dengan salutan anti lekat!
Nombor di sisi periuk dalam ialah nisbah beras mentah kepada air.
Ciri-ciri:
Termostat untuk kawalan ketepatan: termostat terbina dalam mengekalkan haba pada tahap yang tepat dan seragam.
Operasi butang tekan yang mudah: tekan butang memulakan memasak nasi, sebaik sahaja nasi masak, unit akan mati sendiri.
Ciri kekal hangat: selepas makanan dimasak, unit secara automatik mengekalkan suhu pada 165°F+
Sistem pemanasan terus: elemen bersarung khas memanaskan bahagian bawah kuali secara terus yang meminimumkan kehilangan haba dan seterusnya menjimatkan kos tenaga.
Fius haba yang selamat akan melindungi unit daripada kemungkinan kenaikan suhu.
Memasak nasi dalam kira-kira 30 minit
Pelapik kuali boleh tanggal yang mudah dibersihkan: pelapik kuali terangkat dengan mudah keluar dari periuk untuk memudahkan mencuci dan membilas.
Comments 2