• Tentang Dapurware
  • Penafian
  • Dasar Privasi
  • Hubungi
Dapurware
  • Dapurware
  • Perkakas
  • Peralatan
  • Aksesori
  • Tekstil Dapur
  • Perabot
  • Tips
No Result
View All Result
  • Dapurware
  • Perkakas
  • Peralatan
  • Aksesori
  • Tekstil Dapur
  • Perabot
  • Tips
No Result
View All Result
Dapurware
No Result
View All Result
Home Bakeware

14 Microwave Oven Terbaik & Terlaris Di Malaysia 2022

Jimat masa pencarian microwave oven anda dengan senarai microwave paling "top" dan terlaris di Malaysia!

Achilles Leo Joseph by Achilles Leo Joseph
October 1, 2022
in Bakeware, Perkakas, Tips
1
14 Microwave Oven Terbaik & Terlaris Di Malaysia 2022
2
SHARES
14.7k
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

Senarai microwave oven terbaik di Malaysia ini pasti membantu anda untuk dapatkan ketuhar paling sesuai untuk dapur rumah dan keluarga anda!

Senarai Kandungan Sembunyikan
Apa itu Microwave Oven? Bagaimana ianya Berfungsi?
Apa Kebaikan Penggunaan Microwave Oven ?
Apa Tips Pembelian Microwave Oven ?
Senarai Microwave Oven Terbaik dan Terlaris Di Malaysia 2022
1. Sharp R207EK
2. Haier HMD-MY720
3. Midea 20L MM720CXM
4. Sharp 20L R219EK
5. Toshiba 20L ER-SM20
6. Midea 20L Microwave Oven MM720CGE -WH
7. Samsung MS23K3513AK
8. TOSHIBA 20L ER-SGS20
9. Panasonic Microwave Oven NN-ST25JB
10. Sharp 25L R357EK
11. Samsung Gril & Healthy Steam MG23K3513GK
12. SHARP 25L R607EK
13. Panasonic NN-ST34HBMPQ
14. Samsung 35L MC35R8088

Anda bercadang untuk membeli microwave oven yang paling sesuai dengan dapur anda?

Terlalu banyak pilihan sehingga anda keliru dan bingung?

Kami mudahkan pencarian anda dengan menyenaraikan 14 microwave oven yang terlaris dan paling diyakini di Malaysia bagi tahun 2022!

Tapi sebelum itu, ada baiknya anda kenali dulu serba sedikit fakta mengenai microwave oven.

Apa itu Microwave Oven? Bagaimana ianya Berfungsi?

Microwave oven atau ketuhar gelombang mikro memanaskan makanan menggunakan gelombang mikro, bentuk radiasi elektromagnetik yang serupa dengan gelombang radio.

Gelombang mikro mempunyai tiga ciri yang membolehkannya digunakan dalam memasak: ia dipantulkan oleh logam; mereka melalui kaca, kertas, plastik, dan bahan serupa; dan mereka diserap oleh makanan.

Peranti yang disebut magnetron di dalam ketuhar menghasilkan gelombang mikro.

Gelombang mikro diterbitkkan di bahagian dalam logam ketuhar dan menyebabkan molekul air dalam makanan bergetar.

Getaran ini menghasilkan geseran antara molekul, yang menghasilkan haba yang berfungsi untuk memanaskan serta memasak makanan!

Apa Kebaikan Penggunaan Microwave Oven ?

Berikut adalah beberapa kebaikan penggunaan microwave oven:

1. Menjimatkan masa memanaskan makanan

Ketuhar gelombang mikro memerlukan hanya sedikit masa untuk memasak makanan.

Ianya disebabkan oleh getaran molekul air disebabkan oleh gelombang mikro yang dihasilkan oleh mikrowave.

Gelombang mikro ini menggetarkan molekul air sekitar sejuta kali dalam satu saat.

Oleh yang demikian, ia menghasilkan masakan cepat dalam ketuhar gelombang mikro.

2. Tiada Perubahan Rasa pada Makanan

Kerana kaedah memasak cepat, ia tidak membakar makanan dan mengekalkan rasa dan khasiat di dalamnya.

Kita boleh mendapatkan makanan dengan rasa dan nutrien yang sama, ataupun kita tidak kehilangan sebilangan besar nutrien setelah memasak di dalam ketuhar gelombang mikro.

3. Mudah Dibersihkan

Ini adalah kelebihan utama ketuhar gelombang mikro, di mana pembersihan peralatan dan ruang memasak ketuhar sangat mudah.

ketuhar gelombang mikro hanya memanaskan makanan dan bukan perkakas ataupun bekas makanan yang digunakan.

Makanan tidak akan melekat pada dulang ataupun bekas makanan tadi.

Bekas atau dulang makanan kekal sejuk ataupun hangat dan boleh disentuh dan dibersihkan dengan mudah.

Badan dalaman dan luaran ketuhar juga direka agar agak mudah dibersihkan.

Hanya memerlukan tuala lembap untuk membersihkan sebarang tumpahan ataupun kekotoran.

4. Membantu dalam Proses Pencairan

“Defrost” atau pencairan adalah kelemahan banyak ketuhar biasa.

Tetapi ketuhar gelombang mikro adalah pilihan terbaik untuk mencairkan makanan.

Ia mencair dan memasak makanan sejuk beku dalam jangka masa yang singkat tanpa kehilangan aroma dan rasa asli.

5. Kurang Penggunaan Tenaga 

Ia menggunakan lebih sedikit tenaga jika dibandingkan dengan ketuhar biasa.

Penggunaan kuasa (Watt) ketuhar gelombang mikro sekitar 600 – 1200 watt yang sememangnya agak kurang berbanding dengan oven biasa.

Ketuhar juga berfungsi pada pilihan on/off automatik.

Setelah menetapkan waktu dan suhu, oven akan mati setelah waktu memasak habis.

Ini akan menjimatkan tenaga dan masa pengguna.

6. Selamat untuk kanak-kanak

Tidak seperti ketuhar biasa atau dapur gas yang menghasilkan lebih banyak asap dan haba di dapur, ketuhar gelombang mikro adalah yang terbaik berbanding asap dan panas di dapur.

Beberapa microwave dilengkapi dengan kemudahan kunci kanak-kanak untuk mengelakannya dari jangkauan ataupun dikendalikan oleh anak-anak.

Apa Tips Pembelian Microwave Oven ?

Dengan inovasi dan kemajuan teknologi, kini ketuhar gelombang mikro menjadi sangat berguna dan boleh sahaja digunakan untuk apa-apa sahaja jenis masakan, membakar kek dan sebagainya

Ketuhar gelombang mikro adalah alat terpenting dalam dapur dan tidak memakan banyak ruang.

Sebaik sahaja anda memutuskan untuk membeli microwave oven sama ada di kedai atau dalam dalam talian, anda akan menemui pilihan, jenis, konfigurasi saiz dan ciri teknikal lain yang mungkin tidak pernah anda dengar sebelum ini.

Hakikatnya, meneliti pelbagai pilihan gelombang mikro yang tersedia untuk dibeli adalah bukannya mudah.

Pertimbangan haruslah dilakukan dengan segala aspek dan sudut agar anda tidak membeli barangan yang salah.

Sebelum membuat pembelian perkara berikut mungkin boleh anda jadikan panduan.

Lihat tips dalam membeli mikrowave oven yang sesuai untuk anda:

1. Jenis Ketuhar Gelombang Yang Anda Mahu 

  • Ketuhar gelombang mikro solo

Ketuhar gelombang mikro solo adalah model gelombang mikro standard yang sesuai untuk memanaskan semula makanan, memasak “ready food”, dan mencairkan makanan beku.

  • Ketuhar gelombang mikro panggang

Ketuhar gelombang mikro Grill menawarkan ciri asas yang sama dengan ketuhar gelombang mikro solo dan mempunyai pilihan memanggang tambahan.

Sebilangan besar ketuhar gelombang mikro panggangan membolehkan pengguna mengendalikan fungsi panggangan dan ketuhar secara serentak atau berasingan semasa proses memasak.

  • Ketuhar gelombang mikro Konvensional

Ketuhar jenis ini menggunakan elemen pemanasan dan kipas dalaman untuk memasak makanan.

Ketuhar ini sesuai untuk membakar kek atau roti atau memanggang ayam dan banyak lagi.

Ketuhar ini menawarkan pelbagai fungsi seperti pencairan, panas, panggang, coklat, garing, bakar dan sebagainya.

Biasanya kebanyakan pengguna memilih micorwave oven jenis konvensional disebabkan sifat multifungsinya.

2. Ruang Dapur

Sebelum membuat pembelian tentukan dahulu di mana anda hendak letakkan microwave itu nanti.

Pastikan warna ketuhar yang anda pilih sesuai dengan warna latar dapur anda.

Atau, paling penting ianya muat pada meja yang anda rancang sebagai kedudukan tetap ketuhar gelombang itu nanti.

3. Kapasiti

Sesuaikan kapasiti microwave oven dengan jumlah keluarga anda.

Jangan membeli semata-mata disebabkan harga tawaran yang murah.

Jika anda bercadang untuk banyak menggunakan ketuhar gelombang untuk aktiviti memasak, belilah ketuhar yangh tahan lasak lebih besar dan bersifat multifungsi seperti microwave oven jenis konvensional.

4. Ciri Tambahan 

Microwave oven yang semakin moden dan terkini menawarkan pelbagai ciri untuk memudahkan proses memasak.

Sebelum membeli ketuhar baru, seseorang juga harus mengetahui ciri-ciri yang ketuhar yang mesti dimiliki seperti pencairan automatik, pemanasan awal, atau tetapan yang diprogramkan khas.

Bagi anda yang liat memasak, pilihan ‘Auto Cook’ boleh menjadi kelebihan.

Dengan fungsi “auto cook” anda tidak perlu menetapkan konfigurasi masa dan kuasa, yang perlu anda lakukan ialah memilih hidangan dari menu memasak automatik dan tekan mula.

Untuk mendapatkan pengalaman memasak tanpa kerisauan, ketuhar gelombang mikro juga dilengkapi dengan kemudahan kunci kanak-kanak di mana anda boleh menetapkan kata laluan untuk microwave oven ini!

Senarai Microwave Oven Terbaik dan Terlaris Di Malaysia 2022

Microwave dengan harga paling rendah tetapi berkualiti tinggi dan mendapat “review” serta “rating” tertinggi dan tebaik daripada pengguna dan pembeli terdahulu!

Sekali lagi, kami hanya senaraikan barangan yang betul-betul mendapat kepercayaan daripada pengguna terdahulu berdasarkan maklumat yang boleh dipercayai!

1. Sharp R207EK

Merupakan produk antara yang terlaris di Shopee Malaysia dengan mencatatkan lebih daripada 6k unit jualan setakat artikel ini diterbitkan!

Spesifikasi:

  • Ketuhar Gelombang Mikro 800W
  • Berkapasiti 20 Liter
  • 255mm Saiz Turntable
  • 2 Auto Menu
  • 2 Auto Reheat Menu

Agak menjimatkan penggunaan tenaga elektrik!

Harga semasa: RM259.00

Beli/Lihat Sharp R207EK:

LIHAT DI SHOPEE

2. Haier HMD-MY720

Juga merupakan antara microwave oven yang terbaik di Malaysia!

Spesifikasi:

  • Sistem operasi mekanikal
  • Penggunaan tenaga dalam julat 650-700 Watt
  • 5 Kuasa Gelombang Mikro
  • Berkapasiti 20 liter
  • Operasi mekanikal
  • Defrost sehingga berat 1kg

Harga Semasa: RM295

Beli/Lihat Haier HMD-MY720:

LIHAT DI SHOPEE

3. Midea 20L MM720CXM

Ketuhar gelombang mikro yang agak berbaloi dibeli kerana adanya jaminan oleh Midea Scott & English.

Juga 5 Tahun warranti Magneton oleh Midea Scott & English.

Oven yang agak laris, dengan lebih daripada 3k unit terjual secara online setakat artikel ini dihasilkan!

Spesifikasi:

  • Kuasa 1050W
  • Berkapasiti 20L
  • Kuasa output 700W
  • Dengan defrost setting
  • Pintu butang tekan
  • 35-Min Timer
  • Pilihan Defrost dengan masa atau berat
  • Glass turnable diameter: 9.6inch/255mm
  • Saiz produk LxWxH (mm): 440x328x258

Harga semasa: RM203++

Beli/Lihat Midea 20L MM720CXM:

LIHAT DI SHOPEE

4. Sharp 20L R219EK

Ketuhar gelombang mikro basic dengan jualan lebih daripada 1k unit di pasaran online Shopee Malaysia.

Penjimatan tenaga dengan penggunaan kuasa kurang daripada 1 kilowatt

Spesifikasi:

  • Kategori: Basic Touch Control
  • Kapasiti (L): 20
  • Punca Kuasa: 230-240V, 50Hz
  • Saiz Turntable (diameter) mm: 255
  • Jenis pintu: Pull door
  • Berat (kg): Approx 11kg
  • Microwave (IEC) W: 800
  • Tahap Kuasa: 20
  • Masa memasak: 35 minit
  • Jenis Weight / Auto Defrost
  • Warna: Silver + SUS
  • Jenis panel kawalan “Dial”
  • Paparan LED
  • Turntable: Kaca
  • Dimensi Luaran: 440 x 259 x 360
  • Dimensi Dalaman 307 x 205 x 307

Harga semasa: RM229.00

Beli/Lihat Sharp 20L R219EK:

LIHAT DI SHOPEE

5. Toshiba 20L ER-SM20

Merupakan microwave oven berkapasiti 20 Liter.

Pengeluaran kuasa maksimum 800 watt dan semestinya agak menjimatkan tenaga elektrik rumah anda.

Mempunyai fungsi “deodorization” untuk menghilangkan bau.

Spesifikasi:

  • 99:99 Masa memasak
  • Fungsi Time/Weight Defrost 
  • 6 Menu memasak auto: Popcorn, Potato, Pizza, Frozen Vegetable, Beverage, Dinner Plate
  • Memasak pantas: 1-6 minit dengan tambahan masa sehingga 99.99 minit.
  • Masakan pelbagai tahap: 2 Masa memasak & 2 Tetapan tahap kuasa ketuhar gelombang mikro
  • Fungsi ingatan
  • Kunci keselamatan kanak-kanak
  • Diameter Turntable: 255mm
  • Berwarna putih
  • Aksesori: Glass Turntable Tray

Beli/Lihat Toshiba 20L ER-SM20:

LIHAT DI SHOPEE

6. Midea 20L Microwave Oven MM720CGE -WH

Merupakan pilihan microwave oven antara yang terbaik di Malaysia dengan tawaran harga yang mampu milik.

Harga semasa: RM198.00

Output power yang agak rendah iaitu 700 watt dan pastinya tidak banyak memberikan kesan terhadap bil bulanan elektrik anda.

Spesifikasi:

  • Pengeluaran kuasa 700 watt
  • Tetapan Defrost
  • Masa maksimum 35 minit
  • Jenis “Push Button Door”

Beli/Lihat 20L Microwave Oven MM720CGE -WH:

LIHAT DI SHOPEE

7. Samsung MS23K3513AK

Jika anda mencari ketuhar gelombang mikro yang lebih besar, mungkin oven ini agak sesuai untuk anda.

Berkapasiti 23 liter sememangnya sudah cukup besar untuk seisi keluarga anda.

Dengan tampilan warna hitam yang agak ekslusif!

Spesifikasi:

  • Quick Defrost
  • Triple Distribution system
  • Berwarna hitam
  • Saiz turntable: 288mm
  • Paparan: Led
  • Kuasa pengeluaran: 800 watt
  • Penggunaan kuasa: 1150 watt
  • Level kuasa: 6
  • Luas dalaman: Cavity (WxHxD) 330x211x324 mm
  • Luas luaran (WxHxD) 489x275x374 mm

Harga semasa: RM335.00

Beli/Lihat Samsung MS23K3513AK:

LIHAT DI SHOPEE

8. TOSHIBA 20L ER-SGS20

Ketuhar gelombang mikro mampu milik dengan harga semasa RM252.00

Berkapasiti maksimum 20 liter.

Mempunyai fungsi pemanggang, masa, tahap kuasa, 11 kitchen timer dan fungsi memasak pelbagai tahap.

Spesifikasi:

  • Voltage/Frekuensi: 220v/50Hz
  • Penggunaan kuasa: 1270 W (pemanggang), 1000 W output microwave dan 800 W output grill.
  • Saiz turnable: 255mm
  • Fungsi pintu keselamatan kanak-kanak
  • Dimensi luaran: W x D x H (mm) : 440 x 325 x 258
  • Dimensions Dalaman W x D x H (mm) : 306 x 304 x 208
  • Berat Bersih: 12kg

Beli/Lihat TOSHIBA 20L:

LIHAT DI SHOPEE

9. Panasonic Microwave Oven NN-ST25JB

Kelebihan microwave oven ini ialah mempunyai 9 “auto cooking menu”.

“Auto cooking menu” merupakan teknologi memasak automatik dengan hanya membuat ketetapan pada “berat”.

Ianya juga mempunya fungsi “Quick function 30” yang membolehkan anda menetapkan masa memasak 30 saat dengan menekan satu butang sahaja.

Spesifikasi:

  • 20L Solo Microwave Oven
  • 800W Kuasa Memasak
  • 9 Menu Auto
  • Quick 30 Function
  • 9 Auto Cooking Menus
  • Kunci keselamatan kanak-kanak

Harga semasa: RM339

Beli/Lihat Panasonic NN-ST25JB:

LIHAT DI SHOPEE

10. Sharp 25L R357EK

Ketuhar gelombang mikro ini estetik namun cekap kerana berfungsi dengan sempurna untuk menyediakan makanan anda.

Mempunyai 2 jenis menu automatik di mana pengguna dapat memilih sesuai dengan pilihan mereka.

Bermakna, pengguna dapat mengawal sepenuhnya dan memilih pilihan terbaik untuk penyediaan makanan mereka.

Juga disatukan dengan mod penjimatan tenaga, yang bermaksud dapat memberikan tenaga terbaik dan dalam masa yang sama dapat menjimatkan penggunaan elektrik.

Direka dengan indah, gelombang mikro ini dibina dengan pintu kaca cermin di mana pengguna dapat melihat proses operasi ketuhar gelombang mikro dan menunggu makanan mereka siap untuk dinikmati!

Spesifikasi:

  • 900W Microwave
  • 2 Auto Menu
  • Pintu cermin kaca
  • 2 Menu Auto Reheat
  • Mod penjimatan tenaga
  • Kapasiti (L) 25
  • Turntable size (diameter) mm 315
  • Berat 20kg
  • Dimensi luaran 513 x 307 x 430
  • Dimensi Dalaman 328 x 206 x 368

Harga semasa: RM255.00++

Beli/Lihat Sharp 25L R357EK:

LIHAT DI LAZADA

LIHAT DI SHOPEE

11. Samsung Gril & Healthy Steam MG23K3513GK

Dengan fungsi Steam Sihat dan Pengukus Kaca, anda dapat menyediakan makanan yang dimasak dengan wap berkhasiat dan lazat dengan cepat dan mudah. Cukup pilih makanan dan saiznya dan secara automatik memilih waktu memasak yang optimum.

“CERAMIC INSIDE” yang tahan lama mudah dijaga kebersihan dan bebas calar.

Permukaannya yang halus dapat dibersihkan tanpa menggosok dan tidak akan berubah warna dari masa ke masa. Ia juga sangat tahan karat dan calar, jadi tahan lebih lama.

Sekiranya anda menyediakan banyak hidangan, “fungsi Keep Warm” memastikan semuanya berada pada suhu yang betul tanpa terlalu banyak memasak, menggunakan pemanas panggangan.

Oleh itu, ia tetap hangat dan enak seperti makanan yang baru dimasak – sedia untuk dihidangkan.

Lengkap dengan fungsi “Quick Defrost” mencairkan makanan dengan cepat dan sekata.

Algoritma pencairan automatiknya mengira masa pencairan yang betul untuk 5 jenis makanan biasa, jadi memerlukan lebih sedikit masa untuk menyediakan bahan.

Mempunyai mod ECO mengurangkan penggunaan tenaga secara signifikan.

Maka, oleh sebab inilah kami senaraikan microwave oven ini antara yang terbaik di Malaysia, 2020!

Harga semasa: RM424.00++ dengan kapasiti 23 liter!

Beli/Lihat Samsung Gril and Healthy Steam MG23K3513GK:

LIHAT DI SHOPEE

12. SHARP 25L R607EK

“Crispy, crust, chewy texture” merupakan keistimewaan microwave oven ini.

Direka untuk tujuan “memanggang makanan” merupakan antara sebab mengapa kapasiti oven ini ialah 25 liter!

Ketuhar gelombang mikro ini anggun dan cekap dan berfungsi dalam memberikan perkhidmatan berkualiti tinggi memastikan kualiti makanan terbaik yang ada!

Dibina dengan penampilan elegan, dengan pelbagai ciri seperti Mod Pizza yang membolehkan pengguna mendapatkan versi terbaik pizza mereka.

Selain itu, gelombang mikro ini juga memiliki 3 Menu Masak Otomatis yang memberi banyak pilihan kepada pengguna!

Dibina dengan pintu kaca cermin, sememangnya indah di mana pengguna dapat menikmati operasi ketuhar gelombang mikro ketika melakukan tugas dan sementara mereka menunggu makanan mereka dapat dinikmati.

Harga semasa: RM422.00++

Beli/Lihat SHARP 25L R607EK:

LIHAT DI SHOPEE

13. Panasonic NN-ST34HBMPQ

Microwave oven jenama Panasonic NN-ST34HBMPQ dengan spesifikasi berikut

  • Kapasiti Ketuhar 25 L
  • Kuasa Memasak 800 W
  • Diameter tray putar 288 mm
  • Warna Hitam
  • Panel Paparan LCD 4 digit
  • Pintu Depan Hitam
  • Pemegang Pelepas Pintu
  • Dalaman Ketuhar berwarna kelabu
  • Auto Masak/Memanaskan Semula
  • Dimensi dalaman (W x D x H) 315 x 349 x 227 mm
  • Dimensi Unit (W x D x H) 485 x 400 x 287 mm
  • Berat Bersih 12.7 kg

Beli/Lihat Panasonic NN-ST34HBMPQ:

LIHAT DI SHOPEE

14. Samsung 35L MC35R8088

Samsung 35L Convection Microwave Oven MC35R8088 dengan fungsi HotBlast™ merupakan microwave gabungan antara convection oven dan microwave oven.

Micorwave dengan fungsi HotBlast™ merupakan kaedah terbaru yang mengurangkan masa memasak anda!

Udara panas berkuasa dihembus ke makanan yang dimasak menghasilkan makanan dengan luaran yang “crispy” dan dalaman yang lembut!

Gabungan kaedah memasak ketuhar gelombang mikro dan convection oven menjimatkan masa memasak sehingga 50% jika dibandingkan dengan penggunaan air fryer biasa.

Juga direka untuk mengukus makanan!

Penutup pengukus tahan karat tiga lapisan menjaga kelembapan makanan dan menghalangnya kering.

Anda boleh memasak makanan lembut dan berair di dalam dan luar.

PowerGrill Duo bermaksud anda dapat menikmati makanan panggang dengan sempurna – jauh lebih pantas.

Pemanas panggangan rekaan inovatif memberikan tenaga yang jauh lebih besar, maksimum 1600 w, dan memastikan pengagihan haba yang lebih konsisten.

Kelebihan dan spesifikasi:

  • Ceramic Enamel Cavity: Mudah dibersihkan, perlindungan anti bakteria, dalaman yang bersih dan tahan lama
  • Teknologi HOT BLAST ™: Kaedah memasak baru, masak secara merata dengan tekstur luaran yang renyah dan berair
  • Teknologi Air Fry: Menyajikan hidangan goreng yang garing tanpa minyak tambahan
  • Kapasiti besar 35 Liter
  • Makanan lebih cepat masak
  • Pemanggangan dengan pemanasan sekata
  • Pelbagai fungsi: Air fry, panggang, baking, kukus@ stim, fermentasi dan lain-lain.
  • Fungsi memasak automatik

Harga semasa: RM1499.00

Beli/Lihat Samsung 35L MC35R8088:

LIHAT DI LAZADA

LIHAT DI SHOPEE

Apa pendapat anda mengenai senarai microwave oven terbaik di Malaysia ini?

Ada lagi senarai lain?

Suarakan cadangan anda di ruangan komen!

Previous Post

15 Dapur Gas Kaca Terbaik & Terlaris Malaysia 2022

Next Post

10 Sinki Dapur Mudah alih Terbaik & Terlaris Malaysia 2022

Achilles Leo Joseph

Achilles Leo Joseph

Related Posts

18 Periuk Pressure Cooker Terbaik Di Malaysia 2023
Aksesori Memasak

18 Periuk Pressure Cooker Terbaik Di Malaysia 2023

by Achilles Leo Joseph
January 14, 2023
5 Mesin Uli Tepung Roti Canai Terbaik Malaysia 2022
Perkakas

5 Mesin Uli Tepung Roti Canai Terbaik Malaysia 2022

by Achilles Leo Joseph
October 15, 2022
17 Jenama Oven Terbaik & Popular Di Malaysia 2022
Perkakas

17 Jenama Oven Terbaik & Popular Di Malaysia 2022

by Achilles Leo Joseph
October 13, 2022
22 Dapur Gas Stainless Steel Terbaik Malaysia 2022
Aksesori Memasak

22 Dapur Gas Stainless Steel Terbaik Malaysia 2022

by Achilles Leo Joseph
October 7, 2022
11 Hand Mixer Terbaik & Popular Malaysia 2022
Bakeware

11 Hand Mixer Terbaik & Popular Malaysia 2022

by Achilles Leo Joseph
October 7, 2022
Next Post
10 Sinki Dapur Mudah alih Terbaik & Terlaris Malaysia 2022

10 Sinki Dapur Mudah alih Terbaik & Terlaris Malaysia 2022

Comments 1

  1. Pingback: 60 Idea Hadiah Penghargaan Untuk Guru 2021 - InfoSantai

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Premium Content

6 Pilihan Apron Plastik Murah & Terbaik Di Malaysia

6 Pilihan Apron Plastik Murah & Terbaik Di Malaysia

January 12, 2021
11 Hand Mixer Terbaik & Popular Malaysia 2022

11 Hand Mixer Terbaik & Popular Malaysia 2022

October 7, 2022
14 Dapur Gas Infrared Terbaik & Terlaris Malaysia 2022

14 Dapur Gas Infrared Terbaik & Terlaris Malaysia 2022

October 6, 2022

Browse by Category

  • Aksesori Meja
  • Aksesori Memasak
  • Bakeware
  • Perabot
  • Peralatan Memasak
  • Perkakas
  • Sinki & Paip
  • Tekstil Dapur
  • Tips

Browse by Tags

alat pembuat waffle alat pengisar daging dapur gas mini dapur gas portable dapur gas tahan karat food steamer terbaik harga alat waffle jenis air fryer kabinet sinki kebaikan air fryer mangkuk tingkat tiffin tupperware mesin pemerah tebu oven glove oven konvensional terbaik oven murah penyedut asap dapur periuk die cast aluminium periuk granite non stick periuk nasi elektrik besar pisau potong daging rak dapur tahan karat rak sinki rice cooker terbaik sarung tangan microwave sinki portable terbaik tebu juicer toaster terbaik
Dapurware

Kami persembahkan senarai pelbagai jenis barangan dan perkakasan di dapur untuk rujukan anda! Lihat laman tentang kami untuk info lanjut.

Tentang Dapurware

Categories

  • Aksesori Meja
  • Aksesori Memasak
  • Bakeware
  • Perabot
  • Peralatan Memasak
  • Perkakas
  • Sinki & Paip
  • Tekstil Dapur
  • Tips

Browse by Tag

alat pembuat waffle alat pengisar daging dapur gas mini dapur gas portable dapur gas tahan karat food steamer terbaik harga alat waffle jenis air fryer kabinet sinki kebaikan air fryer mangkuk tingkat tiffin tupperware mesin pemerah tebu oven glove oven konvensional terbaik oven murah penyedut asap dapur periuk die cast aluminium periuk granite non stick periuk nasi elektrik besar pisau potong daging rak dapur tahan karat rak sinki rice cooker terbaik sarung tangan microwave sinki portable terbaik tebu juicer toaster terbaik
  • Dasar Privasi
  • Hubungi
  • Penafian
  • Peralatan & Perkakasan Dapur
  • Tentang Dapurware

© 2021 Dapurware.

No Result
View All Result
  • Aksesori Meja
  • Aksesori Memasak
  • Bakeware
  • Tekstil Dapur
  • Perabot
  • Peralatan Memasak
  • Perkakas
  • Sinki & Paip

© 2021 Dapurware.